Tuesday, 29 November 2011

Dina dah balik.....Terubat rindu MAMA

Salam Maal Hijrah tuk semua....... hari yang ditunggu-tunggu telah tiba... semalam Dina dah balik dari rumah tok... hahaha emmm seminggu kat sana, macam-macamlah boleh yer...banyaklah cerita dari sana tak sempat nak dengar satu-satu dia cerita...

apapun

lama tak upload gambar mek-mek berdua ni...

Balik tu tengok Upin-Ipinlah lam bilik berdua dengan si adik sempat snap gambar depa berdua ni...

jom layan jer lah...

Rindu kat adik lah tu...

Dania beri sepenuh perhatian kat cerita Upin dan Ipin ni... minat sungguh..

Tersengih lah pulak...

Si Dania yang tiba-tiba tersenyum...

Tergelak tengok aksi Upin dan Ipin ni yer..Aksi adik dan kakak


Sunday, 27 November 2011

Berita Sedih di Pagi Tahun Baru

Hari ini aku dapat berita Atok anak saudaraku meninggal dunia ataupun ayah kepada abang ipar, walaupun arwah kakak aku dah lama meninggalkan kami semua, hubungan kekeluargaan antara 2 keluarga masih ada... maklumlah anak buah aku tu dibawah jagaan atok dan opah mereka, ini kerana abah anak buah aku tu tinggal dengan mak dan ayah dia... so bila aku nak jumpa mereka berdua Fatehah dan Udin aku mestilah mengadap Atok dan Opah budak-budak ni....

Yang aku sedihnya tu abang ipar aku tu masih tidak boleh terima yang abahnya telah meningal, dan waktu aku kat rumah dia tadi tak nampak pun kelibatnya... bila tanya Maklong anak-anak buah aku dia kata Adli kat dalam bilik masih terkurung diri... Ya Allah dugaan apa yang kau berikan ini kenapa ayah kepada anak-anak buah aku tu masih berperangai macam tu sedangkan itulah akikatnya setiap kehidupan pasti akan mati.....
Semoga kau sembuhkanlah Abah kepada anak saudaraku itu... Terlalu lama fikiran dia terganggu kerana kematian Isteri tercinta, kini abah yang disayanginya pula...

Aku bukan apa aku kesiankan anak-anak dia, macam mana nak hidup dengan kasih sayang seorang abah dahlah Ibu tak ada, nak tumpang kasih abah, abah pun dah macam orang tak betul...Kini anak-anak buah akutu menumpang kasih opah jer.... Opah pun dah tak terdaya... mudahan panjang umur Opah tuk menjaga anak-anak buah aku tu..
Kenapa aku tak jaga? Emmm kalau abah budak-budak tu bagi dah lama aku amik jaga.....

Apapun Mudahan roh Atoknya dicucuri rahmat... aku kesana tadi dalam kul 10, tengok-tengok mak dan abang aku dah adaa kat sana, dapatlah jumpa bonda kesanyangan jap.. hehehe

pas ziarah jenazah aku ajak mak kakak dan abang aku kerumah. maklumlah Simpang Ampat dengan rumah aku dah tak jauh...

Wednesday, 23 November 2011

Rindulahhhhhhhhh

3 hari sudah anak mama Dina berada kat rumah tok.. emm rindulah pulak nak dengar celoteh dan suara manja..(emm manj ker, ala ala serak gitu) anak mama, semalam abah call kata Dina nangis, coz tak banyak mainan kat sana, pastu tok dia ajak gi kedai beli buku so ok lah sikit... emmm

Adik kat rumah pulak, dah tak dengar suara jeritan yang diganggu kakak... emmm sunyi gak rumah tanpa kehadiran anak mama yg sorang tu..... so adiklah mama jadikan mangsa peluk cium kegeraman.... emmmm

Apapun tak sabar tunggu hujung minggu nak jumpa nak mama tu.....

miss u so much....

Monday, 21 November 2011

Cuti Taska @ rumah Tok.

Salam Isnin untuk semua....

Hari ni Dina cuti Taska seminggu so mama dan abah dah janji nak hantar dia balik rumah tok abah kat Sungai Petani Taman Seri Astana, duduk kat sana seminggu, dengan senyum lebar Dina pun nak, maklumlah dah lama tak tidur kat rumah tok abah, emm jadi kelmarin mama dan abah hantar lah dia, bukan main semangat lagi, masa bangun tidur tu, cepat-cepat nak mandi, dan siapkan baju tuk dibawa k rumah tok. siap keluar ayat lagi " mama tak yah buat lah nanti mama penat, biar kakak buatlahh" aik budak ni kang aku biarkan terus kang tengok-tengok 2 helai baju je yang dia bubuh... emmmm punyalah semangat...

Dalam kerea mama suruh tidur tak mau, dah sampai rumah tok punyalah senyum melebar.... emm bagus jugak hantar sana lagipun tok duduk sorang Achik yang sekolah tu belum cuti lagi coz engah exam PMR... lehlah temankan tok lehlah jadi teman bicara tok... emm

Masa nak balik tengah main elok kat laman rumah tiba-tiba lepas salam mama dan abah terus masuk rumah... dah tak mau tengok muka mama.... dah tak mau tengok mama dan abah nak kereta balik, macam nak sedih tapi seronok pun ada, macam takut mama ajak balik kot.... Puas tok ajak keluar tengok mama baru nak keluar mama panggil dan babai pun dia buat-buat pandang kelain.... emmm tak tahu apa yang tersirat kat hati kecil Dina....

Sayangnya tak bawak kamera tidak leh snap gambar dina yang ala-ala....

Semalam abah call tanya wat apa kata Dina baru balik dari surau, emm emm sib baik mama letak kain sembahyang kalau tak mengamuk Dina nak Solat dengan Tok...

Minggu depan mama gi amik yer... sayang Dina... nanti merindulah mama....

Friday, 18 November 2011

Gambar menarik, Apa kelainan kucing ini?


Cuba peraikan betul betul apa yang lainnya si kucing yang comel ni..... memang menarik...

Siapa dapat , angkat tangan..

Wednesday, 16 November 2011

Istana Negara yang Baru

image004 Gambar Menarik   Gambar Istana Negara Baru Di Jalan Duta

image011 Gambar Menarik   Gambar Istana Negara Baru Di Jalan Duta

image012 Gambar Menarik   Gambar Istana Negara Baru Di Jalan Duta

image017 Gambar Menarik   Gambar Istana Negara Baru Di Jalan Duta

image020 Gambar Menarik   Gambar Istana Negara Baru Di Jalan Duta

image023 Gambar Menarik   Gambar Istana Negara Baru Di Jalan Duta

image026 Gambar Menarik   Gambar Istana Negara Baru Di Jalan Duta

Ha jom layan gambar Istana Negara kita yang Baru.. memang cantiklah... memang patut pindah coz Istana yang lama tu dah memang lama kan....

Tuesday, 15 November 2011

Kalau gayat jangan naik jambatan ini.


HUNAN – China sememangnya terkenal dengan pembinaan laluan berbahaya bagi menjadi salah satu tarikan kepada pelancong luar untuk berkunjung ke negara itu.

Pelancong yang tidak gayat berada di tempat tinggi, pasti teruja untuk mencuba pengalaman baru berjalan melalui jambatan tergantung diperbuat daripada kaca pada ketinggian 1,432 meter dari paras laut di Gunung Tianmen, wilayah Hunan sambil menikmati pemandangan indah alam semula jadi. Bagi memastikan kebersihan laluan tersebut, pelancong diminta membuka kasut, sebelum melalui jambatan sepanjang 60 meter yang disambungkan ke kemuncak cenuram bahagian barat antara Gunung Tianmen dan Zhang Jiajie tersebut.

Pelancong boleh menyaksikan keindahan pelbagai spesies tumbuhan yang jarang dilihat, menerusi kaca kristal di bawah kaki mereka dan pe­ngalamannya seperti sedang berjalan di udara. Gunung Tianmen turut digelar sebagai ‘Pintu ke Syurga’ kerana pelancong dapat menyaksikan gua besar semula jadi di hampir separuh perjalanan menuju ke puncak.

Perkhidmatan kereta kabel didakwa terpanjang di dunia juga disediakan di tempat pelancongan itu. Sebelum ini, sebuah kawasan pelancongan di Gunung Shifou terletak di wilayah Hunan juga telah menerima kritikan banyak pihak. Mereka mendakwa laluan pejalan kaki diperbuat daripada papan kayu nipis tersebut, tidak dilengkapi ciri- ciri keselamatan, sekali gus membahayakan pelancong.



p/s : Emm maunya tak gayat... belum nai dah luruh jantung ini..

Sunday, 13 November 2011

Selamat Pengantin Baru





Alhamdulillah selesai sudah majlis akad nikah anak kepada pengasuh anak Zie iaitu lebih dikenali sebagai Makngah. Majlis diadakan di rumah pengantin perempuan di Jitra. So rombongan kami dari Penang pada jam 10 Pagi, sampai sana elok-elok orang solat Jumaat, lepas Solat, Majlis akat nikah terus dilaksanakan.. Tarikhnya 11.11.11 lah... amboi dapat jugak tarikh yang best tu kat depa...apapun semoga bahagia kekal keanak cucu. Majlis sanding belum lagi bulan doblas ni baru nak langsung....

Zie tak sempat nak intterpreme coz jaga dania tidor dalam kereta..sian dania mengantuk sangat..

Friday, 11 November 2011

HasrulHassan Jelajah dan Gegar Blog 2011 !!


Jom join Nak join Klik SINI

Nama Zie

Mula Berblog November 2010
Target ? Biasa saja... kalau boleh nak tambah follower
Tarikh tutup 13 Nov 2011

Wednesday, 9 November 2011

WW ( Angry Bird yang Cantik )







Rupanya Angry Bird memang benar-benar wujud, hehehe sorry memang baru tahu... kawan-kawan dah tahu ker? Emm memang ketinggalan betul kan... wah...Memang Cantik..............

Friday, 4 November 2011

Salam Aidil Adha

Awalnya buat Ucapan......

Alhamdulillah hari ni aku diberi kekuatan lagi untuk meneruskan langkah kaki untuk menjalani kehidupan harian. Tiga hari aku terbaring kat rumah lemah sungguh badan dan berat betul kepala ini... Ya Allah aku terima dugaan ini..dengan redho dan mudahan engkau ampuni segala dosaku...

Terasa amat perit bila di datangngi sedikit ujian dari Allah, teguh kan iman ku Ya Allah, mudahan diberi kekuatan padaku mengaharungi sediki ujian darimu...

Emm maaf semua kawan-kawan kerana menyepikan diri selama hampir seminggu...bila badan tak sihat nak buat apa pun MALAS......
minggu lepas lepas cuti Deepavali Zie mc 2 hari memang tak larat sangat badan ini terasa lemh jer tapi disebabkan ada kerja yang masih tertangguh, pagi tu sanggup lagi gi kerja siapkan apa yang patut barulah mintak suami datang ambil gi klinik memang tak tahan...

Doktor cuma bagi Viamin dan ubat angin... mak ai susahnya nak telan ubat air... emmm mintak maaf lah... memng tak leh makan ubat angin tu.. cuma makan vitamin jer...

Hari Isnin datang kerja masih lemah.. tapi gigih jugak.... kerja punya pasal kena datang jugak... tapi buat sikit jer tak pulun pun coz badan masih lemah...

Dan satu lagi My lappy tengah wat hal plak... gi repair kat member ofis dia cakap kena format semula mak ai nampak gayanya kena korbankan apa yang adalah termasuklah gambar anak-anakku yang berlambak-lambak da kat situ... emmm sedihnya dengar....

Minggu ni aku dah beansur pulih insyaalah aku akan ziarah kawan-kawan yer... jangan mare ye jika diri ini tidak sempat menziarahi kawan-kawan... hehee kat opis pun sempat ziarah kejap je pastu tak sempat tingglkan pesan... maaf ye.... mudahan dipanjangkan umur aku ku ziarah...


Ambil kesempatan ini nak Ucapkan Selamat hari Raya AidilAdha.... kepada semua kaan-kawan

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (69) Gelagat Dina (53) Gelagat Dania (48) makan-makan (40) Aktiviti Pejabat (35) Berita (34) WW (34) ResipiKu Zie (30) Birthday (28) Dina Taska Sekolah (27) Jalan jalan (25) Kisah Puasa Raya (25) Hadiah (22) Aku dan kawan-kawan (21) Tazkirah (21) Kisah Dania (20) My Pregnancy (19) Kisah Keluarga (18) kursus (18) Kek (17) Menang Contest (17) Kisah anak-anak (16) Kisah Dina (13) Ucapan (13) Cuti-cuti (11) Dania Taska Sekolah (11) Minatku.. (11) Segmen (11) perkembangan Rayyan (11) Hiburan (10) Pengantin Popular (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Rumahku Syurgaku (10) Taman Lagenda (10) Majlis (9) Shopping (9) Baju Raya (8) Info (8) Rumah Baru (8) Sarawak (8) top (8) Gambar Raya (7) Kawan Blogger (7) Kisah Anakku (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Family Day (6) Anak Artis N selebriti (5) Doa (5) Iftar (5) Kelantan (5) Kesihatan (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Perak (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) Aniversary (3) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Cameron Highland (3) Demam (3) Hotel (3) Iklan (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) Ucapan... (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) Dinner (2) HP (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kenduri (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Penang (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Aiskrim (1) Akaun Simpanan (1) Anak Abah (1) Astro (1) Autoshow (1) Baby Baru (1) Balik Kampung (1) Berinai (1) Buat sendiri (1) Bukit Merah (1) Buku dari Isnad Tadawi (1) Checkup (1) Crepe (1) DCT (1) Dress (1) Duit Lama (1) Durian (1) Filem Dan Drama (1) GA (1) Gelagat Rayyan (1) Hatyai (1) Homestay (1) Intagram (1) Kasut RodaKasut Roda (1) Kebolehan Dania (1) Kebolehan Rayyan (1) Kedah (1) Keihatan (1) Kereta (1) Kuala Gula (1) Kuala Lumpur (1) Kuala Perlis (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Padang Besar (1) Pantai Merdeka (1) Pasar Kemboja (1) Pelamin (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) anak buah (1) churp-churp (1) fotorus (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers