Tuesday, 25 October 2011

Guna CCTV pantau anak dalam kelas


SEORANG ibu memantau pergerakan anaknya di dalam kelas tadika Pishtaz, Teheran pada 19 Oktober lalu.


TEHERAN, Iran - Sejumlah ibu bapa di sini memantau gelagat anak mereka di dalam kelas sebuah tadika menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Tadika itu yang dikenali sebagai Pishtaz dilengkapi komputer untuk kanak-kanak pintar.

Ibu bapa boleh melihat aktiviti anak-anak mereka dari rumah menerusi CCTV yang dipasang di beberapa kawasan di tadika itu seperti di dalam kelas dan taman permainan.

Tadika itu mendakwa menjadi perintis teknik pengajaran dengan menggunakan teknologi maklumat. - Reuters


Kalau disini ada kemudahan camtu.... emmm leh pantau anak-anak dari rumah...


Monday, 24 October 2011

Minggu yang panjang


Cuti hujung minggu macam biasa tak kemana... coz bila dah pening ni kemana pun tak nak pergi, asyik nak rebahkan badan jer... aku bab mengandung ni memang banyak lemaklah... mana tak lepas makan jer mau rehat jer, apa pun tak mau buat...kain baju minggu ni tak berlipatlah.... aduhhh... inilah dugaan sepanjang mengandung....

Hari ni lagilah melampau makan jer muntah balik, minum je pun keluar balik...aduhhh alih alih tidurlah jawapnya.... kul dua baru leh makan sedikit... tu pun masuk petang jer dah lapar balik....

Nak makan apa pulak ni.... selera makan dah kurang tapi perut mintak makanan... emm sabarlah.... ituje yang boleh ku pinta... mohon di permudahkan segalanya..... bukan senang nak boleh seorang anak kan? Kena tempuhi dulu dugaan dan ujian dariNya....


Walaupun hujung minggu yang suram tapi gembira seorang ibu tetap ada... heheh dalam tak larat tu sempat juga bermain dengan anak-anak...

dengan Dina mama layan dia Sususn puzzle. mula-mula bagi dia main yang kecil dulu lepas mama tunjuk 2 kali cara nak buat, lepas tu dia dah pandai buat sendiri...
mula-mula dia tanya juga mama ni nak letak mana?
mama jawap tak mau lah tanya mama Dina dah pandai kan kenalah buat sendiri... bila siap baru panggil mama...
Mulatu dia buat satu-satu lepas siap satu dia panggil mama pelahan-lahan suruh tengok... lepas mama angguk dia susun lagi pastu panggil mama tengok lagi... sampai habis...
Ha macam tulah anak mama....

Lepas tu dia dah tak panggil mama dah terus buat sampai siap baru tunjuk mama... cepat juga belajar anak mama ni....
Kemuadian mama beli yang besar pulak... emmm besar sangat mama tunjuk berkali-kali tak boleh siapkan jugak... emmm tak pa belajar pelahan-lahan yer sayang....

Si Dania plakkkk emmm suka main dengan dia.... mula-mula gelak...nagess, gelak balik, nangesss lagi , merajuk pun ada..... emmm macam-macam skang dok layan dia bercakap.... seronok betul suka ajak dia menari... wah sampai tergolek-golek jatuh dan terlanggar dengan kakaklah.... emmm penat yang tak membosankan bila bersama anak-anak ni....

Esok kerja macam biasa... tinggal kan Dania... hantar pengasuh petang baru dapat jumpa.... Dian pun sama... pagi gi Taska petang baru balik... cuma ada masa petang dan malam sedikit sahaja... pastu tidur.............. dan begitulah putaran masa dan jadual harian....

Bila dihitung masa dengan anak-anak memang terlalu singkat...sib baiklah tak kerja siang malam kalau tak... memang tak sempat tengok anak-anak membesar.....

Inilah lumrah hidup kan.... masing-masnig punyai jalan hidup sendiri.... dan ada cara yang sendiri....yang pastinya telah ditetentukan olehNya.....

Kita hanya berusaha agar menjadi yang lebih baik dari hari ke sehari.... mudahan nikmat bersama anak-anak masih ada bersamaku.....



Saturday, 22 October 2011

Kris Dayanti bersama anak baru Ariannha Amora Lemos


Kris Dayanti dan Raul Lemos memberikan nama anaknya Ariannha Amora Lemos yang bermaksud Ariannha dalam bahasa Latin ertinya bagaikan intan. Makna Amora pula dalam bahasa Portugis, ertinya cinta. Jadi intan yang penuh cinta.

Gambar majlis Akikah anak Krisdayanti dan Raul Lemos-Ariannha Amora

Krisdayanti dan Raul Lemos telah mengadakan majlis Akikah untuk puterinya Ariannha Amora Lemos. Acara majlis itu telah diadakan di Ballroom View, Pakubuwono Residence, Jakarta, pada Sabtu (15/10/2011).



Majlis Akikah tersebut dihadiri keluarga besar KD serta anak-anak Raul. Ariannha Amora Lemos sekarang ini berusia 40 hari.


Aurel anak KD bersama Anang mendukung adiknya



Fariz Ricardo, Sheilla Ricardo dan Abdillah yang merupakan anak Raul dari pernikahan sebelumnya


Friday, 21 October 2011

Sukanya Dina Masa ni.....

Mengimbau kembali saat dan tika melahirkan Dania, waktu ni aku cuma tinggal 10 hari je kat kampung... malaslah nak duduk lama kesian kat Suami nak kena ulang jauh ke tempat kerja, so amik keputusan balik rumah sendiri, cukuplah mak dah temankan masa lahirkan si Dina dulu, dan yang kedua ni aku nak berdikarilah...walaupun waktu melahirkan Irdina mak mengalami retak pergelangan tangan, tetapi mak tetap membantu aku seadanya, sedih jugak bila time aku melahirkan anak mak tak berapa sihat, rasa cemburu pun ada pada kakak aku yang lain, yerlah mana taknya, masa mereka bersalin dulu mak membantu sepenuhnya, waktu aku ni tangan mak tak begitu kuat, apakan daya, Tuhan menentukan, apapun aku masih lagi bersyukur mak masih ada disisi dan dapat melihat lagi cucunya yang Ke sekian kalinya.........alahai citer sedih lah plak...Cucu mak sekarang 18 orang yang sulong sekarang dah 27 tahun dan yang paling kecil anak akulah 2 tahun tahun depan bertambahlah lagi seorang... hehehe Kakak dan abang aku yang lain rasanya dah pencen kot bab nak tambah anak ni.... tinggal aku jer yang last ni dok pulun menambahkan zuriat...hehehehe

Jom layannnnnnnnnnnnnnnn


si kakak adalah insan yang paling gembira, emm maklumlah dah ada baby kecik, sukanya bukan kepalang, bila ada kawan-kawan yang datang rumah dan usik Acik nak amik baby dia lah, dan dan la tu jugak dia nangesss... meraung raung tak izinkan orang amik baby Dania...

Tengoklah tu, pantang tengok baby bangun mesti dia yang sayang baby dulu...
Eiii geramnya tengok baby nih....ha ah no no no jangan cubit yerrrr






Alahai senyum memanjang...sayang sungguh dia kat adik dia...


Mudahan Dina menjadi seorang Kakak yang baik tuk adik-adik, kesian plak mama tengok Dina, sekarang ni dah banyak mengalah dengan adik,
contohnya macam Bantal Angry Bird ni.. Mama dah beli seorang satu, tapi adik ni tetap nak rebut dua-dua kat dia, so Irdina ni terpaksalah mengalah dengan si Dania, emm bila di pikirkan memang tak patut, nasib baik Dina pun dah paham bila adik menangis sekali mama cakap Dina bagi kat adiklah, dia pun cakap ni kakak punya,,,
mama tahulah tapi adik nak pinjam kejap je, nanti adik bagilah balik, Dina pun mengalah, adik yang untung.... tak apalah nanti mama beli kat Dina lagi yer...
Mudahan Dina tak merajuk dengan mama dan adik yer....
Apapun Dina memang kakak yang penyayang...
Sayangku Dina & Dania...


Thursday, 20 October 2011

Jom Tengok Siapa yang Pernah Tandatangan kat Wang Kertas Malaysia


Ini baru betul namanya digelar “cop duit”. Semenjak Bank Negara Malaysia (BNM) ditubuhkan pada tahun 1959 sehingga kini iaitu tahun 2011, BNM telah ditadbir oleh 7 orang Gabenor tetapi hanya 6 gabenor sahaja yang menurunkan tandatangan iaitu;

Tan Sri W H Wilcock (Januari 1959 - Julai 1962)

Pada masa itu, beliau bukanlah individu yang menurunkan cop tandatangan beliau pada duit Malaysia tetapi ditandatangani oleh Tun Lee Hau Shik. Siapakah beliau ini? Boleh semak maklumat lanjut di bahagian bawah artikel ini.

 Tun Ismail bin Mohamed Ali (Julai 1962 - Julai 1980)  
Tan Sri Abdul Aziz bin Taha (Julai 1980 - Jun 1985)

Tan Sri Dato' Jaffar bin Hussein (Jun 1985 - Mei 1994)




Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd Don (Mei 1994 - Ogos 1998)

Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman (September 1998 - April 2000)


Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Aktar Aziz (Mei 2000 - Kini)


Gambar di atas ini merupakan duit kertas $1 pertama keluaran Malaysia selepas merdeka ialah tahun 1959. Pada masa itu negara kita masih lagi menggunakan nama Malaya. Duit kertas keluaran tahun 1959 hanya bernilai $1 sahaja. Pada masa ini Negara Brunei dan Singapura menggunakan wang yang sama.


Keluaran pada tahun ini dicetak oleh Thomas De La Rue dan ditandatangani oleh Tun Lee Hau Shik atau lebih dikenali ramai dengan nama Tun HS Lee.



Laut Bergelora Menjadi Tenang "Menerima" Abu Al-Quran

Lumut: Abu pembakaran puluhan ribu naskhah al-Quran seberat satu setengah tan yang dibuang ke laut berhampiran Pulau Sembilan di sini, pagi semalam, mempunyai warna kelabu walaupun dibakar yang dianggap pelik dan jauh berbeza berbanding kertas biasa yang menjadi hitam apabila dibakar.

Kejadian itu disaksikan lebih 30 ahli rombongan diketuai Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika melakukan proses melupuskan abu al-Quran di sekitar perairan pulau berkenaan yang pertama kali dilakukan di kawasan laut dalam.

Abu al-Quran yang dibakar itu dikumpul Syarikat Percetakan Saufi di Batu 10, Jalan Cheras, Kajang, Selangor, sebelum dihantar ke dermaga Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pada jam 9.30 pagi semalam menggunakan van milik syarikat berkenaan.

Sebanyak 170 plastik hitam mengandungi abu itu dipindahkan ke kapal KM Marlin milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebelum dibawa ke tengah laut kira-kira 8.2 batu nautika dari pangkalan TLDM.

Proses memindahkan abu al-Quran itu dilakukan dengan tertib apabila semua plastik seberat lapan kilogram setiap satu itu disusun teratur dengan bantuan anggota APMM.

Tugas membuang abu al-Quran itu seolah-olah dipermudahkan apabila laut yang mulanya agak berombak tiba-tiba menjadi tenang sebaik petugas terdiri dari pegawai Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) cawangan Perak, Pegawai Pejabat Mufti dan Majlis Agama Islam Perak memulakan proses membuang abu.

Harusssani yang memberi taklimat ringkas berhubung tugas itu kemudian menjatuhkan bongkah abu berkenaan satu persatu ke laut.

Tugas menjatuhkan bongkah abu Al-Quran itu kemudian dilakukan beramai-ramai dalam masa 10 minit.

Harussani yang juga Pengerusi Lembaga Teks dan Pelesenan al-Quran, berkata ulama sebelum ini bersependapat membuang abu al-Quran ke dalam laut adalah kaedah terbaik walaupun cara menanam di dalam tanah juga dibenarkan.

“Bagaimanapun kaedah menanam abu al-Quran di dalam tanah dibimbangi boleh tercemar jika ada aktiviti dilakukan di atas tanah berkenaan. Oleh itu, kaedah membuang abu al-Quran ke laut paling selamat dan akan diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Syarikat Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan, yang turut mengikuti proses membuang abu al-Quran itu memberitahu berkata, proses pembakaran dan mengumpul abu dimulakan sejak tiga bulan lalu. -hm


Wednesday, 19 October 2011

Celoteh Anak dan Mama



Kalaulah dapat kurakam apa yang di ucapkan leh anakku kan best... pasti menjadi kenangan paling terindah bila mereka besar nanti... petang kelmarin aku gi amik Dina kat taska, coz hujan petang tu... so tepat jam 5 terus balik singgah Taska...
on the way balik.....

Dina : Mama, mama cikgu Linda kata dia nak kawen dah...
Mama : Cikgu Linda ooo ya ka... bila?
Dina : Dia dah balik kampung dah minggu depan nak kahwin, dah pakai inai dah...
Mama : Minggu depan? dia panggil Dina tak?
Dina : Dia tak panggil pun, Dina tak mau pilah nanti Dina malu....
Mama : Kenapa Dina pulak yang nak malu bukan Dina yang nak naik pelamin...?&**%%##%*(
Dina : Dina malulah tengok cikgu kahwen dengan abang dia....
Mama : (Dalam Hati) kesitu pulak.....

Tapi masa nak sampai tu mengess lah plak coz mama tak mau singgah kedai nak belikan gula-gula tuk dia..... emmm dah lah cakap pandai tapi nangesss pun kuat....

Macam-macam anak-anak ni...


Monday, 17 October 2011

Cepatnya Dikau Membesar



Aduh sakitnya masih terasa, macam baru jer semalam dikau hadir disisiku, setiap detik yang berlalu terasa sungguh pantas rupanya.

Emm itulah kehidupan kan.. sekejap saja masa berlalu. terasa sungguh pantas dia datang dan pergi meninggalkan kenangan beribu erti, kegembiraan yang tak ternilai... bersama kehadiran insan kecil yang menceriakan kehidupan hidup di Dunia ini...

Masa ni Dania 4 bulan tapi masih tak boleh meniarap, harapkan mama letak jer, kata orang tak elok tolong anak meniarap, tapi... dah terbuat dah....



Nangesss lah pulak.....


Senyuman Dania ni yang tak tahan ni....omey lah


Sabut ulang tahun yang pertama, pada 24 Disember 2010
tahun ni... belum lagi mudahan bertambah manis senyuman itu...

Sunday, 16 October 2011

Menang Contest Gambar Raya Paling Hot

Pagi-pagi bukak belog dapat berita gembira ni.... tak sangka gambar ni menang lagi... kalini tempat pertama, tq kepada tuan blog yang anjurkan contest gambar raya paling hot CIDA

Menang topup lagi RM 30.00

Nak tengok tempat kedua dan ketiga jom klik SINI

Terima kasih pada kawan-kawan juga yang sudi melompat dengan Zie...
dari Kiri En Din ( sempoi) Muna ( dia yg ajar lompat ni) Wan (baju biru berkumis) Mail ( baju biru juga ) Zaini ( paling tinggi lompat) Nordin ( baju unggu) Faizal (baju hijau) En Man (Ala tak nampak Muka plak)...Aku kat depan tu,,, kaki kalau lompat mesti tak jadi...

Saturday, 15 October 2011

SEGMEN NASZ : KUMPUL DAN SERANG


EMMM PETANG YANG BORING, TAK TAHU NAK WAT APA, JOM JOIN SEGMEN NASZ NI

“Segmen : Kenapa nickname saya begini ?”





Nilah Nickname kedua-dua blog aku

Entah malam bila tah aku baru dok berangan tak dak ker orang nak buat kontest atau segment pasal nick name ni coz , nick name aku dari dulu lagi dah bezaman-zaman lamanya adalah Sayangku Zie. bila dah berjinak dengan dunia blog ni dok tengok link sana sini semua menggunakan Mummy itu mummy ini, mama itu mama ini so bila dah ramai yang dok guna macam tu memang tak terpikir nak ikut cara kawan-kawan yang lain, so aku guna apa yang aku suka dari dulu hingga sekarang ni, buktinya tak adalah pulak kena balik kampunglah cari buku-buku lama, eh kejap rasa macam ada kat Tafsir Al-Quran ha ada pun kejap nak upload gambar ni
-
-
-




Ha nilah buktinya aku kalau dulu lepas tulis apa-apa jer mesti ada tulis atau sinagture akulah Sayangku Zie macam kat dalam tafsir Al- Quran aku tu, tapi sekarang aku dah suka sign kat penjuru buku ... senang n muat muat dengan sinagture aku tu.
itulah serba sedikit asal usul Nickname aku, mudahan sampai ketua nanti orang akan ingat Sayangku Zie selamanya....
dan link tuk blog aku pun aku guna nickname sama dengan link blog ni senang nak cari,
sekian saja....

http://sayangkuzie.blogspot.com/
dan belog kedua
http://sayangkudinadania.blogspot.com/




Baby lam perut nak makan mc D

Dah banyak kali sebut kat abah nak makan Mc D, oleh keran kerja sepanjang hari mana lah sempat nak menjengah ke Mc D, maklumlah jarak dari rumah ke Mc D sangatlah jauh, paling dekat Kat Juru atau Kulim.. so ambil masa sketlah nak kesana, oleh kerana hari ni cuti abah ajak pergi semalam, so lepas magrib bertolaklah kami ke Kulim, abah ajak gi Juru (Autocity) mama tak mau coz orang ramai dan takut jalan sesak, so kami ke Kulim, aduh terasa lamanya perjalanan, emmm sabar jelah nak layan mama punya pasal, di redah jugak jalan yang berliku, dah sapai abah oder buger mama dulu mama pesan Double Chesse Buger, emmm tak sabar nak makan, tapi sekali ngap alamak naper macam pajit jer, abang kenapa tak sedap, kenapa chesse tu tak sedap dan pahit jer,... mulut mama tu kot yang pahit.. ha a lah mulut mama tak sesuai makan chesse kot.

Emm agaknya memang tak selera dengan chesse tapi suka dengan daging mc D jer,, mama pun kelaslah buang chesse tu makan roti dan daging burger jer... emmm jadilah tuk alas perut sapai pagi, selain tu makan kentang goreng memang bestlah plak dok mengunyah kentang dengan Dania. em lepas satu satu dia mintak kat mama,

'mama nak gi'

lepas habis kentang tu masuk mulut Dania dia akan mintak lagi... sampai dia dah tak mau makan. hehehe seronok tengok Dania makan,

Dina pun selera jer makan burger tak maucuma makan kentang cicah sos dan aiskrim jer,

Bila kentang yang abah beli awal tu habis mama mintak abah tambah lagi Fries kali ni Chesse Mc Shaker palak, emm memang sah mulut mama yang pahit... tak leh makan chesse hua hua...

Tak pa sabar yer, nanti ok lah tu... kupujuk hati yang agak duka lara... hehhee

Tuesday, 11 October 2011

7 minggu sudah

Alhamdulillah, usia kandungan aku sudag tujuh minggu... emm nampaknya, tahap loya atau alah taklah melampau... masih boleh dikawal dan terkawal, mudahan akan begini sehingga minggu ke 12, amin..

Pagi : emmm bangun pagi macam biasa bila nak masuk bilik air ada jer bau yang kurang menyenangkan terutama bau sabun dan shampo aduh agak meloyakan tapi dapat kutahan....

Makan:

Emm nampaknya selera makan bertambah tapi tahap kelaluan tu kuranglah plak, nak makan itu ini tak kena selera, tak boleh jugak, emmm alih alih makan sikit jer, pastu dudk sejam kemudian lapar balik, tahap gaban punya lapaq nih.. aduhhhh mana nak cari bekalan makanan? Alih alih gi beli roti gardenia yang inti cokelat dan jagung tu, dok je lah mengunyah lehlah tahan sket, sementara nak sampai jam 1,

Tengaharipun makan ikut selera jer, kalau ada lauk yang kurang menyelerakan memang tak makan lah, Sambal belacan yang wajib ada waktu makan pun aku tolak tepi dah... hehehe.. emmm sukarnya memahami kenapa bila jadi cenggini ha?

Malam pulak ni yang masalah lagi ni, nak masak lebih-lebih tak berapa nak larat, kesian plak si Suami yang terpaksa ikut je selera isteri yang tah apa-apa, emmm ciannya
malam kelmarin aku masak ikan bilis goreng dengan bawang dan cili kering fuhhhh habis sepinggan nasi.. emmm selera lah plak, dan tadi aku masak ikan masak asam, paling senang cerita masak asam jawa,, emm tu pun memang menyelerakan, habis sepinggan siap tambah lagi... hehehehhe lantaklah janji perut kenyang... kalau tak maunya malam-malam lapaq baru kalut.

begitulah rutin ku setakat ini... tapi sampai bila selera ku nak berkurangan macaqm ni?... siksalah terasa,

Semua makanan kesukaan atau kegemaran sudah ku tolak ketepi... kepala pulak asyik pusiang-pusing.

Walupun tahap Morning sickness ku ni agak kureng tapi kadang-kadang bila lapaq sangat maunya dia tolak keluar... emmm

Tahap bauan

Alamak ni lagi satu semua benda wangi jadi busuk ni... aduhhhh bikin pening kepala nihh, bau minyak wangi lagilah tak boleh, bau kereta pun sudah meloyakan waduh bikin pening nih, kalau nak tumpang kereta kawan-kawan emmm kirim salam lahh, kereta sendiri pun teruwek uwekkk nikan kereta member yang bau wangi semerbak.... emmm sorry...


Monday, 10 October 2011

Majlis Port Luck Kami Hari Jumaat Lepas

Majlis diadakan setiap hari Jumaat, tapi Jumaat Lepas speacial coz makanan dari kami semua, masak sendiri dan bawak ke ofis,

H abest sekali sekala memang kelassss.....


Kek diatas pulak sempena sambutan Birthday bulan September dan Oktober

Redzuan, Kak Piah, Puan Norhuda dan Mail

Masa makan clearrr.

Buah strawberry pun ada, From Cameron Highland. Sumbangan Kak Arah

Jom Layan kami makan


Saturday, 8 October 2011

Ketagih Nak Berenang

Selepas Kursus Berenang haritu mana berkesempatan gi berenang pun, kawan-kawan yang lain ada jugak gi praktis kat Jawi Golf, aku je yang belum coz SEGAN menguasai, so minggu lepas oleh kerana ajakan Husna aku gi jugak, gi bawak anak-anak so kenalah dok mengawal mereka, si Dania ni pulak takut rupanya bila air dalam sket, so kenalah pujuk dia dia dulu daripada dok menjerit coz takut nak masuk lam air dalam,,

Ketakutan coz air ni agak dalam, tapi bukan tenggelam pun, dah takut.. emmm

Dah lama sket barulah dia nak masuk air n seronok
Pastu mama lepaskan dia... menjerit Dania
Dina plak seronok lah coz dah lama tak dapat mandi kolam..
Dah ada kawan lagilah meriahnya..


Mama lak leh praktis sekejap jer itupun bila Dania dah jemu mandi, dia naik dok main kat atas dengan Abah.. so lehlah berenang tapi agak kekok. Hehehe
Kena praktis selalu nih, kawan-kawan yang lain ajak gi lepas kerja jam 5 hingga 6.30 petang masa tu tak bawak anak leh lah praktis sungguh-sungguh...
bukan apa nak mahirkan diri... takut lupa ilmu yang diajar haritu.. hehehe

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (69) Gelagat Dina (54) Gelagat Dania (49) makan-makan (40) Aktiviti Pejabat (35) Berita (34) WW (34) ResipiKu Zie (30) Birthday (28) Dina Taska Sekolah (27) Jalan jalan (25) Kisah Puasa Raya (25) Hadiah (23) Aku dan kawan-kawan (21) Tazkirah (21) Kisah Dania (20) My Pregnancy (19) Kisah Keluarga (18) kursus (18) Kek (17) Menang Contest (17) Kisah anak-anak (16) Ucapan (14) Kisah Dina (13) Cuti-cuti (11) Dania Taska Sekolah (11) Minatku.. (11) Segmen (11) perkembangan Rayyan (11) Hiburan (10) Pengantin Popular (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Rumahku Syurgaku (10) Taman Lagenda (10) Family Day (9) Majlis (9) Shopping (9) Baju Raya (8) Info (8) Rumah Baru (8) Sarawak (8) top (8) Gambar Raya (7) Kawan Blogger (7) Kisah Anakku (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Anak Artis N selebriti (5) Doa (5) Iftar (5) Kelantan (5) Kesihatan (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Perak (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) Aniversary (3) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Cameron Highland (3) Demam (3) Hotel (3) ILKM (3) Iklan (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) Ucapan... (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) Dinner (2) Gelagat Rayyan (2) HP (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kenduri (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Penang (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Aiskrim (1) Akaun Simpanan (1) Anak Abah (1) Annyversarry (1) Astro (1) Autoshow (1) Baby Baru (1) Balik Kampung (1) Berinai (1) Buat sendiri (1) Bukit Merah (1) Buku dari Isnad Tadawi (1) Checkup (1) Crepe (1) DCT (1) Dress (1) Duit Lama (1) Durian (1) Filem Dan Drama (1) GA (1) Happy Time (1) Hatyai (1) Homestay (1) Intagram (1) Kasut RodaKasut Roda (1) Kebolehan Dania (1) Kebolehan Rayyan (1) Kedah (1) Keihatan (1) Kereta (1) Kuala Gula (1) Kuala Lumpur (1) Kuala Perlis (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) PJJ UMCced (1) Padang Besar (1) Pantai Merdeka (1) Pasar Kemboja (1) Pelamin (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) anak buah (1) churp-churp (1) fotorus (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers