Monday, 29 August 2011

Balik kampung.....


Orang lain dah sampai kampung kami baru nak berangkat...
hehehehe jom balik kampuang..
n selamat hari raya..

Rendang Ayam Utara cara Sayangku Zie


Rendang Ayam setelah dimasukan santan
Biarkan didih hingga kering kuah

Tara dah siap rendang ayam ku ini
Tarikh masak 29 Ogos 2011
Jam 9.00 pg
masak awal coz jap lagi dah nak berangkat balik kampung



Bahan-Bahan:-
  • 1 ekor ayam (dipotong kecil supaya senang di cicah ketupat)
  • Santan
  • 1 biji Kerisik
  • Daun Kunyit
Bahan Kisar
  • 30 tangkai cili kering
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 ulas bawang besar
  • 7 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia (ummi letak 3 cm)
  • 5 batang serai
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 2 sudu teh gula halus
  • Garam
  • 4 helai daun kunyit - dihiris halus
    2 helai daun limau purut

    Cara Memasak:-

    1. Kuali dipanaskan bersama minyak untuk menumis ,masukkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam kuali, agak mendidih masukan kerisik dan ayam biarkan ayam 3 minit masukkan santan Gunakan api yang sederhana besar dan kacau sesekali.
    2. Apabila sudah mendidih biarkan kuah pekat, masukkan gula, garam dan perasa.
    3. Apabila rendang hampir kering, masukkan daun kunyit, daun limau purut.
      Sedia dihingkan bersama ketupat dan lemang.
      Emm pasti meyelerakan...




Anakku Hilang Sekelip Mata

Sayang mana Dania?
tadikan dengan abang
Abang tak dan nak tengok tiba-tiba jer dia hilang dari pandangan
Ya Allah abang mana adik?
Dania--- Dania....

Ya Allah bagai luluh semua jantung bila dapat tahu Dania hilang entah kemana,
tak rayalah kami sekeluarga tahun ni,
Satu level Jusco tu dah kecoh gara-gara aku Dina n Hubby cari Dania,

Kenapa ni kak?
Dik tolong carikan anak akak..( sambil menangis)
Berapa umur? pakai baju kaler apa?
Umur setahun lebih baju kaler kuning...
Terlihat kelibat guard sama-sama tolong carikan Dania...
Sambil melilau sana sini habis setiap lorong celahhan pakai aku lalu tapi kelibat Dania masih tak nampak...
Abah pun merapa cari tapi masih tiada kelihatan anakku itu
Dina pulak menangis ketakutan melihat mama dan abah mencari Dania,

Tiba-tiba seorang jaga datang sambil mendukung Dania kearah ku...
Ya Allah Dania...Adik pi mana? Mama cari adik tadi...
Sambil memeluk anakku, Berlaku sedikit Drama kesyahduan...

Ya Allah tak sanggup jika ku kehilangan Dania Hanya kerana nak bayar Kasut Raya Dina

Syukur Alhamdulillah anakku selamat
dia tak kemana-mana cuma berlegar dikawasan itu saja,
tapi bila dah hilang dari pandangan mata ni, tu yang gelabah tak kehauan.
Mana tahu ada seseorang bawa lari anakku itu, apa yang harus aku lakukan?...
tak siapa yang tahu..
mudahan ini pengajaran dan peringatan buatku sekeluarga...
kepada Dania jangan lah lari dari pengangan tanganku ini...
Mama tahu adik nak bebas lari sana sini...
tapi pulanglah kembali kepadaku...
huks huks mama tak sanggup kehilangan....



Sebelum kejadian... mama Dina Dania n Abah berbuka kat Mc D, abahlah nak sangat makan Mc D, mama pun temankan, menu mama apa lagi, tentulah Donut big Apple... hehehhe


Gara-gara mama nak bayar kasut ni...
dan adik pulak taknak duduk dalam troli..
Bila pegang atau dukung dia tak nak
bila lepaskan...emm dia lari...
bila lari tak sempat nak kejar dalam rimbunan orang ramai...

Saturday, 27 August 2011

Corn Flakes Madu





Minggu Lepas dapat hamper, adalah corn flakes ni, nak buat ape yek,
abah cakap buatlah Biskut yang buh lam kertas tu..
o biskut Honey Corn Flakes tu ker.. a a ayang tulah...
ooo abah kena beli madulah..
emm ok ti abah beli
so bila dah beli inilah hasilnya...

P/S orang lain sibuk nak balik kampung aku sibuk dok buat biskut lagi...
hehee hari isnin baru nak bertolak balik....
sabar sabar....
saja kali ni nak balik lewat sikit... lagi pun kakak aku kat Ipoh tak balik
so kalau balik awai Dina mesti boring mesti tertanya-tanya Diana mana ....

Wah Kreatifnya Mereka ini..

BW kat blog mereka ini dan dapatlah kutip kad yang sangat kiut miut ini...
mintak izin amik kad raya yer...comey sangat
emmm seronokan leh wat kad raya sendiri... jom layan......
Kreatif betul mereka ini... I like...
emm siapa lagi yang ada kad meh hantar link kat sini leh wat koleksi....





Update kad


Ni pulah Ucapan E Card Raya dari Zie
biasa-biasa ja..


Friday, 26 August 2011

Berbuka kat Highway Juru

Berbuka kat Highway? biar betul kemanalah Zie nak balik yer, jauh sangat ker kampung dia... emmm sebenarnya, hari ni berjanji dengan kawan-kawan nak berbuka kat Luar, @ Safira Country Club Bandar Sunway, Seberang Jaya. So Jam 6.30 bertolaklah dari rumah..ingatkan jalan clear elok, rupanya kat tol juru, perhhh jammed gilerrrr... kenderaan merangkak-rangkak... elok lepas exit nak masuk penang barulah lengang sikit jalan, dah hujan ... waktu tu dah jam 8 malam,... belum sampai-sampai lagi... nak cari Safira pulak tang mana, merangkak lagi... akhirnya jam 8.15 baru sampai... fuh penat... sib baik kawan-kawan blum angkat punggung kalau tak... berbukalah kami bertiga jer... so mals citer panjang layan jerlah....

Suamiku ratah ayam goreng sampai beberapa ke
wah lapar yer bang? hehehe jagan marah yer..

Elok sampai jer situ Dina terus mintak nak makan nasi... belum sempat mama hilang penat...

Shida... walaupun dekat jer rumah nya jumpa tetap setahun 2 kali jer...

tu kalau sempat kalau tak setahun sekali... hehehe di bersalin haritu pun akau tak sempat nak ziarah, skunk anak dia dah besar pun 6 bulan dah 8 kg.. emmm semangat

Comelkan baby Amar ni geram,,, nak baby boy jugakk..

Dania Dina pun nak bergambar sama dengan Amar

Shida anak dua badan slim gilerrr.

Shah Suami si Shida.

Aku bawak Cek Na sama... kesian kat Hubby dia tunggu kami yang sangkut kat jalan ... suami dia gi dulu coz balik kerja dari Penang terus gi sana, aku yang bawak dia ke Safira.

Nak makan pun dah tak lalu coz dah habis limit dia..

Uncle Shah nak booking Dina tuk Adam boleh?
Haha semua nak booking sana sini...

Dasri.. Depa semua ni geng lama aku masa kerja kat SP dulu Kat Razak Reka.
Halim...datang dengan Isteri


My Hubby dengan kawan si Dasri



Dani terus nak pakai hat ni sebab dah tengok baby tadi pakai. dia pun nak jadi baby jugak

Kawan sehati sejiwa

Anak- anak Husna. Neena dan Aleesya

Ha ni lah Adam anak sulung Shida..

P/S ; OTW balik kat tol tu sikit pun tak Jammed... sabar jerlah.....

Wednesday, 24 August 2011

Alahai Zizan.. Bercinta ke Tidak ni?

Zizan Nafi Bercinta Dengan Juliana Evans

Macam sepadan jer Zizan dan Juliana Evans ni..

Menurut finalis pertandingan Maharaja Lawak itu, gosip hubungannya dengan Juliana itu timbul sejak mereka mula menjalani penggambaran filem Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham Ahmad Nadzri pada tahun lalu.

“Bagus juga apabila ada wartawan yang bertanyakan saya tentang gosip itu. Selama ini gosip itu ditulis tanpa mendapatkan pengesahan daripada saya. Di sini saya ingin menegaskan saya dan Juliana tiada apa-apa hubungan.

“Kami tidak pernah bercinta. Kami hanya berkawan baik sahaja. Mungkin sewaktu di lokasi penggambaran filem itu kami kelihatan mesra hingga timbulnya gosip itu,” katanya pada sidang akhbar sebelum pratonton Hantu Bonceng di pawagam Odeon di sini semalam.

Kata selebriti berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu ini, dia bukan sahaja tidak pernah bercinta dengan pelakon jelita kacukan Melayu dan Inggeris itu, malah mereka juga jarang berjumpa selepas tamatnya penggambaran Hantu Bonceng.

Bagaimanapun, tambah Zizan hubungan yang dijalin dengan Juliana sewaktu mereka berlakon bersama-sama dalam filem itu terus berkekalan sehingga ke hari ini.

“Selepas itu saya jarang berjumpa dengan Juliana di mana kami hanya berhubung melalui telefon. Kalau diberi pilihan untuk bercinta dan berkawan, saya pilih untuk berkawan dengan Juliana. Ini kerana, dia seorang yang berfikiran terbuka.


“Saya senang bekerja dengan orang seperti Juliana kerana dia lebih matang daripada usianya. Apatah lagi, Hantu Bonceng adalah filem pertama lakonan saya bersama Juliana,”
ujarnya yang melakonkan watak Amran dalam filem itu.

Sementara itu, Juliana sewaktu ditemui selepas itu turut tidak menafikan bahawa dia dan Zizan hanya berkawan baik sahaja di mana gosip hubungan cinta di lokasi atau lebih dikenali sebagai ‘cinlok’ (cinta lokasi) adalah perkara biasa.

“Saya dan Zizan cuma berkawan biasa sahaja. Kami berdua tiada masalah bergandingan sepanjang penggambaran filem ini. Kami gembira berlakon bersama dan kemesraan itu mungkin telah disalah anggap oleh pihak lain,”komennya.

Hantu Bonceng yang menelan kos produksi dan promosi berjumlah RM1.5 juta itu akan ditayangkan di 80 pawagam seluruh negara mulai 30 Ogos ini dengan membariskan ramai pelakon popular antaranya Jue Aziz dan Cat Farish.

P/s tak sabar nak tengok hantu Bonceng... mesti Best giler bila Zizan berlkon...


Dania dah Cucuk Setahun Setengah


Hari ni baru sempat nak gi cucuk Dania. So aku masuk ofis lewat sikit. Kul 8.15 pg sampa kat Klinik orang emm boleh tahan ramai.. tapi tak pa, berjalan dengan lancar. Kali ni Abah tak teman, so aku pergi sendiri... dah lama duk sini takan tak reti lagi.. hehehee asyik nak merap Abah jer, so tak ajak abah pun, terus gi sendiri. Abah pun tak semawa diri.. so Dania ok dalam kereta di berdiri, tak banyak ragam ok jer, sampai sana dia seronok coz dapat tengok baby banyak.. eeii suka betul Dania dengan baby...
Masa menimbang Misi kata berat Dania menurun.


Muka takut sebelum dicucuk...
Sakit shieii
Dania nangis sat saja... bagus anak mama... masuk je dalam kereta.. dah tak nagis..
Tapi atiekk... atiekk.
Sakit sakit.. sampailah kat rumah tok pun dok sakit..
Pastu terus minta Susu...
Lepas minum Dia Ok jer...
Baguslah anka mama ni.. suka
Jangan demam yer. nak raya ni..

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (69) Gelagat Dina (53) Gelagat Dania (48) makan-makan (40) Aktiviti Pejabat (35) Berita (34) WW (34) ResipiKu Zie (30) Birthday (28) Dina Taska Sekolah (27) Jalan jalan (25) Kisah Puasa Raya (25) Hadiah (22) Aku dan kawan-kawan (21) Tazkirah (21) Kisah Dania (20) My Pregnancy (19) Kisah Keluarga (18) kursus (18) Kek (17) Menang Contest (17) Kisah anak-anak (16) Kisah Dina (13) Ucapan (13) Cuti-cuti (11) Dania Taska Sekolah (11) Minatku.. (11) Segmen (11) perkembangan Rayyan (11) Hiburan (10) Pengantin Popular (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Rumahku Syurgaku (10) Taman Lagenda (10) Majlis (9) Shopping (9) Baju Raya (8) Info (8) Rumah Baru (8) Sarawak (8) top (8) Gambar Raya (7) Kawan Blogger (7) Kisah Anakku (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Family Day (6) Anak Artis N selebriti (5) Doa (5) Iftar (5) Kelantan (5) Kesihatan (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Perak (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) Aniversary (3) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Cameron Highland (3) Demam (3) Hotel (3) Iklan (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) Ucapan... (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) Dinner (2) HP (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kenduri (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Penang (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Aiskrim (1) Akaun Simpanan (1) Anak Abah (1) Astro (1) Autoshow (1) Baby Baru (1) Balik Kampung (1) Berinai (1) Buat sendiri (1) Bukit Merah (1) Buku dari Isnad Tadawi (1) Checkup (1) Crepe (1) DCT (1) Dress (1) Duit Lama (1) Durian (1) Filem Dan Drama (1) GA (1) Gelagat Rayyan (1) Hatyai (1) Homestay (1) Intagram (1) Kasut RodaKasut Roda (1) Kebolehan Dania (1) Kebolehan Rayyan (1) Kedah (1) Keihatan (1) Kereta (1) Kuala Gula (1) Kuala Lumpur (1) Kuala Perlis (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Padang Besar (1) Pantai Merdeka (1) Pasar Kemboja (1) Pelamin (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) anak buah (1) churp-churp (1) fotorus (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers