Sunday, 31 July 2011

Hadiah Birthday Dina

Hadiah Birthday??? Tahun ni nak beli apa yek?....
Bila di PK balik Dina Mintak mama belikan 2 benda pertama basikal baru...
coz basikal lama tu dah kecil,,, maklumlah anak mama dah besar panajng....
emmm tapi boleh naik lagikan? emmm pastu yang kedua...
Dina nak Scooter macam aisyah.... oooo scooter tu....
emmm mama n abah gi lah servey.. kat kedai... so dapatlah yang ini...
Murah jugaklah....kira bawah seratus tu murah lah...
.tak yah beli yang mahal-mahal... nanti rusak...
tak lah sakit hati... asalkan boleh naik sudahhhh

memandangkan birthday Dina jatuh bulan puasa so mama buat keputusan tak nak sambutlah... nanti time birthday Dania kita sambut sekali jer... emm boleh ke kumpul camtu...
emmm layan jerlah...

Dania Test Drive Scooter Kakak



Nak naik kat luar tapi tak mau bagi kotor? Emmm macam mana tu?....
Emmm sabarje melayan karenak anak-nak...

Saturday, 30 July 2011

Jom makan-makan

Jom makan-makan apa yang patut sebelum sambut puasa... haha entry melampau... macamlah time puasa tak leh makan @ berbuka @ Pizza Hut.. atau kat mana jer...
Ni en Suami lah ni... ajak makan pizza sebelum sambut puasa.... apa-apa lah... tapi makan tak tera mana pun.... ex je lebih... masa ni gi tak wak anak-anak tu yang enjoy sikit tu....
tapi kalau bab makan tak wak anak rasa sikit sedih lah....rasa sedikit kekurangan kalau gi mana-mana tak bawak Dina n Dania....Apapun jom makan-makan dulu......
tinggal sehari je lagi... untuk merehatkan perut dari bekerja keras....
tak lah dengar my kawan asyik ajak makan time pagi ngan tengahari....
heheheh. Penat sebenarnya kalau asyik makan ni... betul tak?
pk pk kanlah..... jom layannnn

P/s esok nak pi Sg Petani jap gi rumah mertua.....

Salam Ramadhan Untuk Semua

www.365greetings.com



Assalamualaikum....Salam Ramadhan... bersua kembali bulan ini bulan yang mulia.... semoga dipenuhi berkat dan di limpahkan rezeki buat kita semua....Alhamdulillah, kita masih sempat bertemu dengan Ramadhan kali ini, mudahan bertemu lagi kita di ramadhan seterusnya. Mudahan ibadah tahun ni dapat dijalankan tanpa ada halangan....
Kali ni macam biasa berpuasa bersama suami berbuka dan bersahur bersama, anak-anak masih kecil, masih belum tahu puasa tu apa... mungkin tahun akan datang dapatlah berpuasa bersama anak-anak pulak. lagi meriahkan... pastinya masa nak berbuka, tentu tak sabar dibuatnya....

Kali ni tahun ketiga aku dapat berpuasa berbuka dengan suami.... tahun sebelumnya... masing-masing tinggal berjauhan...

Tahun 2007 aku masih dalam pantang bersalin anak pertama... aku dikampung dia di Penang kerja...

Tahun 2008
berjauhan jugak aku di Baling dia Di Penang.. masih jauh gak tu.... berbuka seorang diri... bersahur pun sendiri... uhuks sedihnya tak terkira...

Tahun 2009
masa tu hamil 7 bulan anak kedua... alhamdulillah dah duduk bersama suami....tapi tahun tu paling sedih..coz lagi 4 hari nak raya aku demam panas... dah lah masa tu heboh pasal H1N1 , huhuks... mana tak sedihnya masa tu mengandung, kan kata ibu mengandung mudah dijangkiti demamtu... apa lgi meraunglah time tu.... orang nak raya aku kat ward... dah lah duk wad kena kuarantin, kena lak pakai mask du puluh empat jam.. rimasnya....masa tu rindu lah kat Dina, kanak-kanak lak dilarang masuk wd tu. lagilah sedih...sib baik sehari sebelum raya demam dah baik aku pun boleh balik.... hu hu hu aku pun heppy lah... + sedih...

Tahun 2010
alhamdulillah masih bersama,,, mudahan tak tak tukar kemana dah... hehehehe harap je lah.

Tahun 2011..
mudahan berjalan dengan sempurna, disamping menjalan ibadah puasa bersama insan tersayang. Dan anak anak tercinta.

Jom berkelah bawah pokok


Jom berkelah... wah lama tul tak berkelah kat bawah pokok tepi rumah.... sejak dah besar n bekeluarga, mana dan dah nak berkelah... emmm sekarang dapat merasa kembali... tu pun sebab kenal rapat denagn makngah yang juga merupakan pengasuh anak-anak ku... wah bukan main syok lagi dapat maka-makan kat bawah pokok rambutan kat tepi rumah... best hampa semua pernah tak berkelah kat bawah pokok, menunya tentulah masakan dari rumah masing-masing...dalam 5 famili lah yang bawak masakan masing-masing... simple je bila dah dapat makan bawah pokok cam ni tentulah menyelerakan.... jom layan tengok kami makan tengahari tadi.... cheq tak masak apapun... sempat goreng ikan pekasam ja... tetiba gas pun habis..... heheheh makan jemputan orang jer....

Menu utama hari ni gulai nangka dengan udang... air tangan Makngah... emmm sedap n menyelerakan.



Sedapnya Dina makan.... nasi gulai nangka dengan ikan goreng......





Friday, 29 July 2011

Kelebihan Solat Terawih

FADHILAT DAN KELEBIHAN SOLAT TARAWIH
(Senghaja aku sembahyang sunnat tarawih dua rakaat [aku ma’amum] kerana Allah Taala)

Sayidina Ali Abi Talib ra. meriwayatkan sebuah Hadis (yang panjang) daripada Raulullah s.a.w, iaitu jawapan baginda
ketika ditanya oleh para sahabat mengenai fadhilat dan kelebihan solat Tarawih pada setiap malam di bulan Ramadhan.
Baginda bersabda bahawa:

Malam ke 1
Diampuni dosa-dosa orang yang
beriman sebagaimana keadaannya
baru dilahirkan.

Malam ke 2
Diampunkan dosa orang-orang yang
beiiman yang mengerjakan solat
Tarawih, serta dosa- dosa kedua ibu
bapanya.

Malam ke 3
Para malaikat di bawah 'Arasy
menyeru kepada manusia yang
mengerjakan solat Tarawih itu agar
meneruskan solatnya pada malarnmalam yang lain, semoga Allah akan
mengampunkan dosa-dosa mereka.

Malam ke 4
Orang-orang yang mengerjakan solat
Tarawih akan memperolehi pahala
sebagaimana pahala yang diperolehi
oleh orang-orang yang membaca
kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan AlQuran.

Malam ke 5
Allah S.W.T akan mengurniakan
pahala seumpama pahala orangorang yang mengerjakan
sembahyang di Masjidil Haram,
Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam ke 6
Allah S.W.T akan mengurniakan
kepadanya pahala seumpama pahala
malaikat-malaikat yang bertawaf di
Baitul Makmur serta setiap batu dan
tanah berdoa untuk keampunan
orang-orang yang mengerjakan
tarawih malam itu.

Malam ke 7
Seoalah-olah ia dapat bertemu
dengan Nabi Musa a.s serta
menolong Nabi itu menentang
musuhnya Fir'aun dan Hamman.

Malam ke 8
Allah S.W.T mengurniakan pahala
orang yang bersolat tarawih
sebagaimana pahala yang
dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Malam ke 9
Allah S.W.T akan mengumiakan
pahala dan dinaikkan mutu ibadat
hamba-Nya seperti Nabi Muhammad
s.a.w.

Malam ke 10
Allah SWT mengurniakan kepada
kebaikan dunia dan akhirat.

Malam ke 11
la meninggal dunia didalam keadaan
bersih dari dosa seperti baru
dilahirkan.

Malam ke 12
la akan dibangkitkan pada hari
kiamat dengan muka yang
bercahaya-cahaya.
Malam ke 13
la akan datang pada hari kiamat di
dalam keadaan aman sentosa dari
sebarang kejahatan dan keburukan.

Malam ke 14
Malaikat-malaikat akan datang
menyaksikan mereka bersolat
Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan
menyesatkan mereka.

Malam ke 15
Semua malaikat yang memikul Arasy
dan Kursi akan berselawat dan
mendoakannya supaya Allah
mengampunkannya.

Malam ke 16
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari
kalangan mereka yang terlepas dari
api neraka dan dimasukkan ke dalam
syurga.

Malam ke 17
Allah S.W.T menuliskan baginya
pahala pada malam ini sebanyak
pahala Nabi-Nabi.

Malam ke 18
Malaikat akan menyeru: Wahai
hamba Allah sesungguhnya Allah
telah redha denganmu dan dengan
kedua ibu bapamu (yang masih hidup
atau yang sudah mati).

Malam ke 19
Allah S.W.T akan meninggikan
darjatnya di dalam syurga firdaus.

Malam ke 20
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya
pahala sekelian orang yang mati
syahid dan orang-orang soleh.

Malam ke 21
Allah S.W.T akan membina untuknya
sebuah mahligai di dalam syurga
yang diperbuat dari cahaya.

Malam ke 22
la akan datang pada hari kiamat di
dalam keadaan aman dari sebarang
huru-hara pada hari tersebut.

Malam ke 23
Allah S.W.T akan membina untuknya
sebuah bandar di dalam syurga
daripada cahaya.

Malam ke 24
Allah S.W.T akan membuka peluang
untuk dua puluh tahun ibadat bagi
orang-orang yang mengerjakan solat
Tarawih pada malam tersebut.

Malam ke 25
Allah S.W.T akan mengangkat seksa
kubur darinya.

Malam ke 26
Allah S.W.T akan mengurniakan
pahala empat puluh tahun ibadat
bagi orang-orang yang mengerjakan
solat Tarawih pada malam tersebut.

Malam ke 27
Allah S.W.T akan mengurniakan
kepadanya kemudahan untuk
melintasi titian sirat sepantas kilat.

Malam ke 28
Allah S.W.T akan menaikkan
kedudukannya seribu darjat di
akhirat.

Malam ke 29
Allah S.W.T akan mengurniakan
kepadanya pahala seribu haji yang
mabrur.

Malam ke 30
Allah S.W.T akan memberi
penghormatan kepada orang yang
bertarawih pada malam terakhir
dengan firman-Nya (yang
bermaksud): Wahai hambaku!,
makanlah segala jenis buah-buahan
yang Engkau ingini untuk dimakan di
dalam syurga dan mandilah kamu di
dalam sungai yang bernama salsabil
serta minumiah air dari telaga yang
dikurniakan kepada Nabi Muhammad
s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
Selain daripada fadhilat-fadlulat yang tersebut di atas, terdapat banyak dan berbagai lagi fadhilat dan keutamaan solat
Tarawih atau , Qiam. Ramadhan ini bagaimana yang disebutkan dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w.
SELAMAT BERPUASA DAN BERTARAWIH

Wednesday, 27 July 2011

Selamat Berpuasa


Assalamualaikum....Salam Ramadhan... bersua kembali bulan ini bulan yang mulia.... semoga dipenuhi berkat dan di limpahkan rezeki buat kita semua....Alhamdulillah, kita masih sempat bertemu dengan Ramadhan kali ini, mudahan bertemu lagi kita di ramadhan seterusnya. Mudahan ibadah tahun ni dapat dijalankan tanpa ada halangan....
Kali ni macam biasa berpuasa bersama suami berbuka dan bersahur bersama, anak-anak masih kecil, masih belum tahu puasa tu apa... mungkin tahun akan datang dapatlah berpuasa bersama anak-anak pulak. lagi meriahkan... pastinya masa nak berbuka, tentu tak sabar dibuatnya....

Kali ni tahun ketiga aku dapat berpuasa berbuka dengan suami.... tahun sebelumnya... masing-masing tinggal berjauhan... tahun 2007 aku masih dalam pantang bersalin anak pertama... aku dikampung dia di Penang kerja... tahun 2008 berjauhan jugak aku di Baling dia Di Penang.. masih jauh gak tu.... berbuka seorang diri... bersahur pun sendiri... uhuks sedihnya tak terkira... tahun 2009 masa tu hamil 7 bulan anak kedua... alhamdulillah dah duduk bersama suami....tapi tahun tu paling sedih..coz lagi 4 hari nak raya aku demam panas... dah lah masa tu heboh pasal H1N1, huhuks... mana tak sedihnya masa tu mengandung, kan kata ibu mengandung mudah dijangkiti demamtu... apa lgi meraunglah time tu.... orang nak raya aku kat ward... dah lah duk wad kena kuarantin, kena lak pakai mask du puluh empat jam.. rimasnya....masa tu rindu lah kat Dina, kanak-kanak lak dilarang masuk wd tu. lagilah sedih...sib baik sehari sebelum raya demam dah baik aku pun boleh balik.... hu hu hu aku pun heppy lah... + sedih

Cantiknya bila mereka bertudung

BW tadi pastu jumpa ni.... so nak share ngan kawan-kawan..... emmm kan comel kalau semua artis bertudung...
1. Fazura

10artiscantikbertudung 10 Artis Wanita Tercantik Malaysia Bila Bertudung

2. Tiz Zaqyah
10artiscantikbertudung2 10 Artis Wanita Tercantik Malaysia Bila Bertudung

3. Fouziah Gous
10artiscantikbertudung3 10 Artis Wanita Tercantik Malaysia Bila Bertudung

4. Erra Fazira
10artiscantikbertudung4 10 Artis Wanita Tercantik Malaysia Bila Bertudung

5. Neelofa
10artiscantikbertudung5 10 Artis Wanita Tercantik Malaysia Bila Bertudung

6. Nora Danish
10artiscantikbertudung6 10 Artis Wanita Tercantik Malaysia Bila Bertudung

7. Lisa Surihani
10artiscantikbertudung7 10 Artis Wanita Tercantik Malaysia Bila Bertudung

8. Maya Karin
10artiscantikbertudung8 10 Artis Wanita Tercantik Malaysia Bila Bertudung

9. Fasha Sandha
10artiscantikbertudung9 10 Artis Wanita Tercantik Malaysia Bila Bertudung

10. Dato’ Siti Nurhaliza
10artiscantikbertudung10 10 Artis Wanita Tercantik Malaysia Bila Bertudung

Semoga satu hari nanti akan terbuka pintu hati mereka untuk terus bertudung, InsyaAllah.

Yang penting niat kena ikhlas, bukan bertudung kerana ikut trend ataupun sekadar

nak dapatkan perhatian media sahaja. Sama-sama kita doakan.

sumber

Tuesday, 26 July 2011

Ingat! Pantang Larang Orang Tua...


Gambar ni memang tengah hamil... aku n Husna



Pantang Larang Wanita Hamil

1. Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.

2. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.

3. Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahit bibir terbelah atau mengalami kecacatan.

4. Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak.

5. Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin tercerut tali pusatnya.

6. Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan kenan.

7. Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal kehamilan, dikhuatiri anak akan gugur.

8. Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.

9. Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak tertutup seperti kucing yang sedang tidur.

10. Dilarang menyusup di bawah penyidai, nanti anak akan terencat.

11. Dilarang makan makanan yang berakar seperti pegaga, nanti terlekat uri.

12. Dilarang tidur waktu tengahari, nanti kepala anak akan menjadi besar.

Pantang Larang Bayi

1. Bayi tak boleh ditegur jika badan gemuk, cuma katakan ’semangat’ kerana ditakuti menjadi kurus.

2. Dilarang memicit mulutnya, nanti tiada selera makan.

3. Tak boleh diletak bayi atas lutut, nanti mendapat sakit perut.

4. Sisa makanan bayi tak boleh dimakan oleh ibu bapa, nanti melawan cakap.

5. Tak boleh dicium sewaktu tidur terutama di atas ubun-ubun kepala dan pada pusatnya kerana dikatakan pendek umur.

6. Kain lampin tak boleh direndam, nanti kembung perut.

7. Sewaktu bayi sedang tidur, kadangkala kita melihat dia tersenyum, ketawa dan ingin menangis. Jangan kejutkan kerana dikatakan bayi sedang bermain dengan urinya.

8. Tidak boleh menghembus mulutnya, nanti menjadi bisu.


Pantang Larang Kanak-Kanak

1. Dilarang duduk atas bantal, nanti punggung terkena bisul.

2. Tak boleh memotong kuku waktu malam, nanti pendek umur.

3. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.

4. Tak boleh jelir lidah, nanti lidah terpotong.

5. Makan kepala ikan, nanti menjadi bodoh.

6. Dilarang mengangkat kaki ketika meniarap, nanti emak mati.

7. Tak boleh menunjuk pelangi, nanti jari kudung.

8. Tak boleh makan dalam gelap, dikatakan makan dengan iblis.

9. Dilarang bermain atau keluar rumah waktu senja, nanti disorok hantu.

10. Tak boleh gigit kain, nanti gigi berulat.

11. Hempedal ayam tak boleh dimakan, nanti susah bersunat.

12. Dilarang bercakap dalam tandas, nanti mata ketumbit.



Pantang Larang Ke Atas Perempuan

1. Dilarang menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua.

2. Dilarang menjahit di badan, nanti tidak lepas hutang.

3. Dilarang memakan leher ayam, nanti leher terkulai di pelamin.

4. Pantang bangun lewat, nanti sukar mendapat jodoh.

5. Dilarang makan nasi kerak, nanti mendapat anak bodoh.

6. Dilarang mencari kutu ditangga, nanti kahwin orang tua.

7. Dilarang mencucuk jarum pada waktu malam, nanti didatangi s***.

8. Dilarang bercermin di depan cermin retak, nanti wajah pucat di malam pertama.

9. Dilarang pakai baju basah, nanti badan naik kurap.

10. Pantang berbual di tangga, nanti dipinang orang di serambi rumah sahaja.

11. Dilarang makan bertindih pinggan, nanti menjadi madu orang.

12. Tak boleh menyapu nasi pada waktu malam, nanti pendek rezeki.

13. Dilarang mengerat kuku waktu malam, nanti datang s***.

14. Dilarang makan berubah tempat, nanti berkahwin ramai.

15. Dilarang meletak pinggan di tapak tangan ketika makan, dikhuatiri nanti akan merampas suami orang.


Pantang Larang Ke Atas Lelaki

1. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.

2. Dilarang kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan.

3. Dilarang mengintai orang mandi, nanti mata ketumbit.

4. Dilarang tidur di tengah padang, nanti emak mati.

5. Dilarang ketawa waktu Maghrib, nanti datang hantu.

6. Kalau tidak tahan berpanas, nanti tunang dilarikan orang.


Pantang Larang Ketika Berdiri

1. Tak boleh kencing berdiri, nanti punggung dijamah hantu.

2. Tak boleh berdiri tertindih kaki, dikatakan akan jauh rezeki.


Pantang Larang Ketika Duduk

1. Tak boleh duduk atas bantal, nanti dapat bisul.

2. Tak boleh duduk atas tangga ketika Maghrib, nanti dirasuk hantu.

3. Tak boleh menggoyang kaki, nanti tak lepas hutang.

4. Tak boleh duduk di beranda tangga, nanti payah rezeki.

5. Tak boleh duduk atas lesung, nanti berkudis dubur.


Pantang Larang Ketika Makan

1. Makan pedal ayam, akan mengantuk ketika bersanding.

2. Makan tidak basuh pinggan, nanti lambat dapat menantu.

3. Makan pisang kembar, akan beranak kembar.

4. Makan waktu Maghrib, makan bersama hantu.

5. Makan sisa anak, anak akan degil.

6.. Tidur selepas makan, nanti perut buncit.

7. Makan sambil berjalan, dapat penyakit perut.

8. Bila makan, pinggan tak boleh diletak atas riba, nanti suami diambil orang.

9. Jangan makan nasi di senduk, nanti payah rezeki.

10. Makan bertindih pinggan, akan beristeri dua.

11. Makan telur tembelang, mendapat penyakit barah.

12. Makan dalam pinggan sumbing, dapat anak bibir sumbing.

13. Makan dalam belanga, dapat anak rupa hodoh.

14.Makan berlunjur,akan jadi pemalas.

15.Makan mencangkung, payah dapat rezeki.


Pantang Larang Sewaktu Tidur

1. Tidur di muka pintu, alamat dilangkah hantu.

2. Tidur di atas pokok, nanti dimakan langsuir.

3. Tidur di atas sejadah,nanti dihinggap kurap.

4. Tidur selepas makan, nanti ditindih hantu.

5. Tidur melekat nasi di kaki, nanti mimpi hantu.



Pantang Larang Di dalam Hutan

1. Jika sesat di hutan, jangan tidur di tepi sungai, nanti dimakan hantu.

2. Dilarang pegang pokok merah, nanti badan menjadi gatal.

3. Jangan tidur di atas pokok jika sesat, nanti dilapah hantu.

4. Dilarang bercakap besar ketika di hutan, nanti mendapat bencana.

5. Pantang bersiul di hutan, nanti disambar langsuir.

6. Jangan melaung di tengah hutan, nanti disahut hantu.

7. Jika terdengar sahutan, jangan dijawab, dikhuatiri suara hantu.

8. Jangan mengambil batu atau benda ganjil di hutan, takut berpenunggu.

9. Dilarang menegur sesuatu yang aneh atau ganjil dihutan, nanti dirasuk atau dapat malang.



Pantang Larang Di Sungai

1. Jika nampak air berpusar, jangan hampiri, alamat buaya bergerak atau mengiring.

2. Jika ikan toman membawa anak, jangan melintas di hadapannya, nanti dilompati ke perut.

3. Jika terdengar suara semacam kerbau di tebing sungai, alamat ada buaya mengawan.

4. Dilarang bawa limau purut, nanti dibaham buaya.

5. Jika suara perempuan terdengar waktu Maghrib, alamat hantu pari sedang berpesta.

6. Jika kail disambar gondang (siput besar) , alamat rezeki mendatang.


Nota Kaki: Apa yang disebut bukan untuk dipercayai tetapi untuk dihayati mesej yang tersembunyi di sebalik pantang larang yang telah diperturunkan secara lisan sejak zaman berzaman.

Monday, 25 July 2011

44 Pantang larang Bakal Pengantin Baru

*Model Udin Dan Dina*


Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yg ditetapkan harus diikuti utk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.


1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijab kabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.

3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.

4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petai dan jering.

7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.

8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.

17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.

18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.

19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari.

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.


23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.

27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.

32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.

33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.

34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.

36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.

38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.

40. Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.


Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat.


Sunday, 24 July 2011

Gambar Cute Anak Perempuan Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina

Sekadar berkongsi n buat kolesi... rasanya semua dah tengok kan baby kiut miut Dr kita ni.....


Isteri Dr Sheikh Muszaphar iaitu Dr Halina selamat melahirkan pada hari khamis 21 Julai 2011. Dr Halina telah selamat melahirkan bayi perempuan yang telah diberi nama Sophea Isabella, 3.6kg. Semoga baby Sophea akan berjaya seperti bapanya dan memberi kebanggaan kepada keluarga. jom kita tengok anak Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina

comel kan anak dorang hehe..semoga pasangan Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina berbahagia dengan kehadiran cahaya mata mereka ini.



Saturday, 23 July 2011

Dian dapat Bayi Lelaki

pix_gal0
Shailendra 'sinari hidup kami'

KEBAHAGIAAN yang dinikmatinya saat ini sulit untuk diungkapkan dengan perkataan. Kurniaan daripada Tuhan menjadi lambang kebanggaan selepas merentas pertarungan yang cukup menguji dan mendebarkan. Itulah nikmat yang sedang menyelubungi laluan hidup aktres jelita, Dian Sastrowardoyo selepas bergelar ibu kepada bayi lelaki, Shailendra Naryama Sastraguna Sutowo.
Dian selamat melahirkan bayi seberat 3.03 kilogram itu secara normal pada jam 3.34 petang di Hospital YPK, Menteng, Jakarta Pusat, Ahad lalu. Kelahiran bayi lelaki itu disifatkan pemilik nama lengkap, Dian Paramitha Sastrowardoyo sebagai rahmat dan amanat Allah yang perlu dijaga rapi.

Shailendra juga kata Dian, menjadi pelengkap kepada kebahagiaan yang dibinanya bersama ahli perniagaan, Maulana Indraguna Sutowo sejak 18 Mei 2010.

“Kami sangat bersyukur atas anugerah yang diberikan Allah SWT dan sangat berbahagia atas kelahiran putera pertama ini. Alhamdulillah sepanjang kehamilan, mahu pun ketika proses bersalin semuanya lancar dan tidak diduga kompilaksi yang menyulitkan. Kehadiran anak ini adalah rahmat sekali gus amanat yang harus sentiasa dijaga. Malah saya dan suami sendiri sudah berazam untuk mengutamakan keluarga serta berusaha menjadi orang tua terbaik buat anak kami,” kata Dian dalam kenyataan kepada media Indonesia.

Pelakon 3 Cinta 3 Doa ini juga menolak sesi bertemu media sepanjang tempoh berpantang, malah menyifatkan peralihan hidupnya itu sesuatu yang peribadi tanpa perlu dikongsi dengan orang luar.

“Kelahiran bayi ini bukan untuk meraih publisiti. Cukup jika kebahagiaan ini saya kongsi dengan keluarga, apatah lagi saya sendiri masih memerlukan rehat selepas menempuh proses yang melelahkan,” katanya.
Namun, demi memenuhi permintaan media, Dian menerusi pengurusnya, Wisnu tidak keberatan menyerahkan foto bersama anaknya yang dikirim menerusi e-mel.

Bercerita mengenai detik kelahiran, Dian bertuah kerana suaminya sentiasa berada di sisi sejak dimasukkan ke hospital, petang Jumaat lalu.

Jangkaan awal Dian dijadualkan bersalin pada Sabtu, namun hanya pada Ahad pelakon Pasir Berbisik itu mula merasai kesakitan untuk melahirkan anak.

“Melihat perkembangan kesihatan Dian, doktor menjangkakan dia akan keluar hospital petang Jumaat ini (semalam). Namun itu tergantung kepada proses pemulihannya,” kata Wisnu.

Dian sejak awal lagi menolak untuk mendedahkan tarikh bersalin kerana enggan proses kelahiran anaknya itu mendapat liputan meluas media. Beliau dan keluarganya dikatakan membuat perjanjian dengan pihak hospital supaya tidak mendedahkan maklumat mengenai kelahiran anaknya.

“Dian berbuat begitu kerana tidak mahu berdepan gangguan ketika sedang berjuang untuk melahirkan anaknya. Dia tidak selesa jika media terlalu memberi tumpuan sedangkan Dian memerlukan waktu untuk dirinya sendiri,” kata sumber terdekat aktres itu.

Untuk memastikan hanya keluarga terdekat saja dibenarkan memasuki wad yang didiaminya, Dian memilih kemudahan rawatan VIP kerana ingin lari daripada gangguan ramai. Dian dilaporkan menempah kamar eksklusif dan empat bilik lain untuk pembantu serta ahli keluarga terdekat.

“Dian memohon ruang peribadi ketika menunggu detik bersalin dan memohon supaya tiada maklumat dibocorkan kepada pihak media.

Perjanjian empat halaman itu ditandatangi bersama Dian dan pihak hospital,” kata sumber itu lagi.

Ditanya mengenai pemberian nama Shailendra, Dian dan Indra berkata, mereka memilih nama itu kerana mempunyai makna tersendiri.

Shailendra diambil daripada bahasa Sanskrit atau Jawa kuno bermaksud pemimpin.

“Saya tidak tahu satu persatu erti namanya, tapi yang jelas Shailendra itu bermaksud pemimpin," kata Wisnu memaklumkan, Dian dan suaminya mengharapkan anak pertama itu akan membesar menjadi seorang pemimpin kelak.

Pasangan itu membuat persiapan kelahiran anak sulung mereka sejak sebulan lalu. Dian memilih dekorasi berwarna biru untuk kamar anaknya di kediaman orang tua Indra di Menteng, Jakarta Pusat.

Mereka sangat teruja menyambut kelahiran Shailendra, bahkan kamar anak kecil itu sudah siap untuk dihuni sebelum dia dilahirkan, tambah Wisnu. Kehadiran Shailendra menambah kebahagiaan pasangan itu serta kedua keluarga besar Dian dan Indra, yang sudah lama menanti kehadiran seorang cucu.

“Kelahiran Shailendra sememangnya kerana dia ialah cucu pertama dalam keluarga Indra dan Dian,” katanya.

Menyentuh status barunya itu, Dian menjelaskan, berkata, dia tidak terbeban dengan tanggungjawab sebagai seorang ibu. Dia juga tidak sesekali khuatir jika bakal kehilangan tawaran pekerjaan hanya kerana sibuk menguruskan anak dan keluarga.

“Insya-Allah kelahiran ini tidak akan mempengaruhi karier saya, malah tidak pernah sesekali menjadi beban. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar, sesuai dengan apa yang saya harapkan,” katanya yang memilih untuk mengurangkan aktiviti seninya dengan tumpuan pada penggambaran iklan komersial.

INFO

Nama Lengkap : Dian Paramitha Sastrowardoyo
Nama Panggilan : Dian Sastrowardoyo
Tempat dan Tarikh Lahir: Jakarta, 16 Mac 1982
Pendidikan Terakhir : Fakulti Falsafah, Universitas IndonesiaAgama : Islam
Hobi: Membaca,menonton, menyanyi dan memetik gitar-
Sinetron/Drama Televisyen: Dunia Tanpa Koma dan Bukan Kesempatan Yang Terlewatkan
Filem: Bintang Jatuh (2000), Pasir Berbisik (2001), Ada Apa Dengan Cinta? (2002), Banyu Biru (2005), Ungu Violet (2005), Belahan Jiwa (2005), 3 Doa 3 Cinta (2008) dan Drupadi (2009)
Iklan: Lux, Panasonic, Vitacimin, Sunsilk dan Sanex
Penghargaan: Wanita Berinspirasi (2005), Aktres Terbaik, Festival Film Asia Pasifik (2005), Pelakon Wanita Terbaik, Festival Film Indonesia (2004), Aktres Terbaik Festival Film Asia Perancis (2002),Aktres Terbaik Festival Film Internasional Singapura (2002), Aktres Terbaik, Festival Film Bandung (2002) dan Juara Gadis Sampul (1996)

sumber BH

Mari Mewarna












Pilihlah yang mana anda suka, heheheh ni semua hasil kerja Anakku Dina...
selama 3 bulan gi kelas mewarna, inilah hasilnya....
emmmm bolehlah kan,,, dari tak boleh kaler....
walaupun masih ada cacat celanya,,,
tapi dari minggu ke minggu Dina menampakkan perkembangan yang baik... Alhamdulillah,,,



Friday, 22 July 2011

Wow! Persalinan Kahwin Memey RM7.2 Juta

3213327347 a86b33a4cb o 300x205 Wow! Persalinan Kahwin Memey RM7.2 Juta

KUALA LUMPUR — Berita dua pelakon pasangan sejoli, Norman Hakim dan Memey Suhaiza yang bakal bernikah pada 24 September ini di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor bukan lagi kejutan.

Apa yang mengejutkan ialah Memey akan memakai gaun bertatah mutiara lengkap dengan set barang kemas dan kasut, yang kesemuanya bernilai RM7.2 juta, pada majlis persandingan di Crowne Plaza Mutiara di sini, 28 September ini.

Memey yang baru berusia 23 tahun dikatakan akan memakai dua persalinan iaitu setiap satu bernilai RM500,000 tajaan Rafflesia untuk majlis persandingan dan acara memotong kek.

Selain itu, Memey akan berhias dengan dua set barang kemas bernilai RM2.8 juta setiap satu merangkumi anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara serta dua pasang kasut rekaan khas Prof. Datuk Jimmy Choo bertatah berlian yang dianggarkan bernilai RM300,000 sepasang.

Sebelum ini, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dikatakan pernah mengenakan gaun bertatah mutiara bernilai RM400,000 pada hari persandingannya.

Menurut blog hiburan, beautifulnara.com, pihaknya tidak sabar untuk menunggu tarikh 24 September ini untuk menyaksikan kilauan daripada baju pengantin Memey.

“Gila hebak. Ini barulah wedding of the year. Baju persalinan perkahwinan Memey Suhaiza akan bernilai RM7.2 juta pada hari bahagiannya. Meleleh la air liur melihat kilauan emas pertama baju Memey nanti,” katanya.

Norman adalah bekas suami pelakon popular yang juga bekas penyanyi, Abby Abadi dan bapa kepada Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danish Hakim


P/S : wahhh hebat sangat ke memey tu? berlakon tak kemana pun... harap kontroversi je lebih....apasaja....


Aktiviti @ Taska Permata @ Teratak Dato Zainal


Selepas tengok binatang, naik kuda,
makan-makan aktiviti bersama anak-anak permata dan
ibu bapa dijalankan. tengoklah Dina tu terguling terlentang...


Acara sulam benang.

Sulam manik

Cepat Didi Cepat... ops lupa Dina nama Glamour kat Taska DIDI... hehehe

Sedikit Cenderahati untuk Dato'








Dina seronok dapat hadiah


Abah pun menang jugak




Masa tuk mandi,, sejuk betul air terjun ni...
dina cukup suka kalau dapat mandi Kolam,
tak kira air sejuk ka, panas ka, hentam saja dia tu..
kawan-kawan dah naik dia masih lagi mandi..

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (69) Gelagat Dina (53) Gelagat Dania (48) makan-makan (40) Aktiviti Pejabat (35) Berita (34) WW (34) ResipiKu Zie (30) Birthday (28) Dina Taska Sekolah (26) Jalan jalan (25) Kisah Puasa Raya (25) Hadiah (22) Aku dan kawan-kawan (21) Tazkirah (21) Kisah Dania (20) My Pregnancy (19) Kisah Keluarga (18) kursus (18) Kek (17) Menang Contest (17) Kisah anak-anak (16) Kisah Dina (13) Ucapan (13) Cuti-cuti (11) Dania Taska Sekolah (11) Minatku.. (11) Segmen (11) Hiburan (10) Pengantin Popular (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Rumahku Syurgaku (10) Taman Lagenda (10) perkembangan Rayyan (10) Majlis (9) Shopping (9) Baju Raya (8) Info (8) Rumah Baru (8) Sarawak (8) top (8) Gambar Raya (7) Kawan Blogger (7) Kisah Anakku (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Anak Artis N selebriti (5) Doa (5) Family Day (5) Iftar (5) Kelantan (5) Kesihatan (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Perak (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) Aniversary (3) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Cameron Highland (3) Demam (3) Hotel (3) Iklan (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) Ucapan... (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kenduri (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Penang (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Aiskrim (1) Akaun Simpanan (1) Anak Abah (1) Astro (1) Autoshow (1) Baby Baru (1) Balik Kampung (1) Berinai (1) Buat sendiri (1) Bukit Merah (1) Buku dari Isnad Tadawi (1) Checkup (1) Crepe (1) DCT (1) Dress (1) Duit Lama (1) Durian (1) Filem Dan Drama (1) GA (1) Gelagat Rayyan (1) Hatyai (1) Homestay (1) Intagram (1) Kasut RodaKasut Roda (1) Kebolehan Dania (1) Kebolehan Rayyan (1) Kedah (1) Keihatan (1) Kereta (1) Kuala Gula (1) Kuala Lumpur (1) Kuala Perlis (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Padang Besar (1) Pantai Merdeka (1) Pasar Kemboja (1) Pelamin (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) anak buah (1) churp-churp (1) fotorus (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers