Thursday, 30 June 2011

Pesta Perkahwinan



Kat atas ni Gamabar Dari Email Kak Arah.. tq Kak

Pesta perkahwinan Mara meriah


Timbalan Ketua Pengarah Mara (Usahawan), Rosdi Ismail turut merenjis pengantin.


BARU-baru ini, para pengunjung di sekitar Medan Mara dan kawasan-kawasan berhampiran di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, telah dikejutkan dengan kehadiran enam pasangan pengantin yang diarak menaiki kereta klasik.

Keenam-enam pasangan tersebut yang terdiri daripada kakitangan Majlis Amanah Rakyat (Mara) merupakan pasangan bertuah yang diraikan sempena festival dan pameran pengantin Mara yang diadakan selama empat hari bermula 23 Jun lalu.

Mempamerkan enam konsep berbeza seperti Arab, tradisional, kontemporari, konsep diraja, Jawa dan dongeng, kesemua pasangan pengantin turut bersanding di atas pelamin indah yang ditaja oleh para penaja seperti Haidar Rahman, Persada Embun, Zera Wedding Couture, Mysara D'Arch Bridal, Nasrun & Rini dan RienZaid.

Penganjuran festival itu dilihat platform terbaik bagi mengumpul dan memperkenalkan pengusaha industri perkahwinan di bawah satu bumbung.

Di samping itu, ia merupakan antara aktiviti pihak Mara selain mempromosikan Medan Mara itu sendiri serta memperkenalkan pengusaha bumiputera yang ada iaitu penyewa di bangunan tersebut.

Program berkonsep festival dan pameran pengantin itu dilaksanakan oleh pengurus acara Dirich Vision Sdn. Bhd. (DVSB) dengan melibatkan 60 usahawan dari 52 syarikat pengendali majlis perkahwinan di seluruh negara.

Dalam masa yang sama, bertempat di ruang legar bangunan Medan Mara, pelbagai tawaran menarik disediakan berkaitan produk dan pakej perkahwinan pada harga istimewa.

Program anjuran Mara ini turut mendapat kerjasama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Pelancongan serta Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Turut ditawarkan pada festival tersebut ialah kad undangan perkahwinan, butik pengantin, cenderahati dan hantaran, pakej solekan dan spa serta pakej fotografi.

Pengunjung juga berpeluang mendapatkan perkhidmatan kursus perkahwinan, katering serta busana pengantin pada harga istimewa mengikut jenis pakej yang ditawarkan.

Sepanjang festival tersebut berlangsung, para pengunjung turut diberikan akhbar-akhbar terbitan Kumpulan Utusan, iaitu Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Kosmo! dan Kosmo! Ahad secara percuma.

Yang pasti, bakal pengantin yang mengunjungi festival tersebut turut berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa pakej berbulan madu.



Top 20 Contest Anak & Ayah

Pagi ni dapat tahu Gambar Abah dan Dania masuk Top 20 pulak...
Masih dalam pemilihan.... agak-agak boleh menang laagi ker/
heheh tunggu

full result klik bawah ni

Wednesday, 29 June 2011

Dania Menang Contest Si Manja & lappy


Terima Kasih Ibu, Kerana Pilih Dania yang memang bersemangat dengan Laptop Mama, sibuk jer Dania tu... apapun tahniah buat anak mama

dan Tanhiah juga pada
Blupinkbaby
Dan
Nana

Kawan-kawan nak tengok result penuh klik kat bawah ni yek


Dan ini Dania Top 12


Menang kali ke 16 di Bulan jun

Koleksi Gambar Siti potong dan simpan


Salam semua,, hari ni Zie nak berkongsi minat zaman remaja dolu-dolu, heheh sebenarnya Zie minat Siti Nurhaliza…. Minat giler lah masa tu, mana ada yang setanding Siti, mana pergi Siti, Situ pergi Siti, sini mari pun Siti, Habis majalah hiburan kat Malaysia ni Zie beli keran ada muka siti, Siap boleh cam lagi kalau keluaran majalah tu adalah gambbar lama, maksudnya bulan ni Siti jadi Cover lagi 3 bulan keluar lagi, tapi gambar dan makeupnya sama, Cuma baju jer lain, maknanya majalah tu ambil siap-siap gambar Siti tuk keluaran akan datang, maklumlah Siti waktu tu sibuk je kan. Mana bisa boleh buat janji temu kerap sangat.
Tak kira majalah apa bila ada muka Siti mesti beli, Sri Dewi & Keluarga, Mingguan Wanita, Nona, Wanita, Hai, URTV, Harmoni, Eh… dan macam-macam lagilah…
Kalau termis beli kan terasa rugi sangat, pernah dalam sebulan tu semua majalah ada muka dia , alamak apa nak buat ni pokai lah Makcik waktu tu miss soru lah… heheh sanggu ikat perut semata-mata nak beli majalah… uhukss.. tapi apa nak buatkan dah minat..
Dari zaman sekolah, study, n zaman kerja, hinggalah zaman berumah tangga, masih lagi minat kat siti, bukan apa chek suka tengok muka dia yang cute tu. Comel sangat.
Ingat lagi Siti pernah buat Konsert Jelajah Satu Malaysia bersama Hotlink… emmm tak sabar tunggu kat Penang, chek ngan memba gi ke Ipoh, First time tengok Siti buat persembahan, masa tu tak tau kata Itu Konsert Siti, buleh dok heran kenapa asyik Siti je nyanyi… rupanya memang pentas tu dia yang punya, yang lain tu Cuma artis jemputan sahaja.. apa lagi layan jelah sampai tengah malam,. Malam tu jugak rush balik Penang, esok pagi masuk kerjalah….
Pastu Siti datang kat Penang pulak, kat Butterworth, bak kata orang sini kat Bagan, padang yang kat jeti nak ke Penang tu… apa nama tah padang tu.. masa tu duk meyewa kat Seberang Jaya coz dolu Zie kerja Kat Seberang Jaya jadi Pelukis Pelan kat RMZ Perunding , So apalagi ajak member rumah dan sepupu dia join konsert Siti, pastu kak Ita pun join Kak Ita ni yang kerja sekali, (lamanya tak jumpa kak Ita) kak Ita bawak suaminya… enjoy betul masa tu maklumlah Siti turun dan kami ni yang tak pernah tengok konsert Siti memang syok habis,,, habis show Siti tengahmalam jugak, sib baik dekat je,,, merempitlah balik dengan Nurul teman serumah. Masa tu merempit je…manalah mampu nak beli kereta lagi…
Itulah serba sedikit kisah minat kat Siti.. ni pun sebab terjumpa gambar yang disnap ke dalam Kamera, dambar siti yang di potong dan disimpan dalam Album masih elok disimpan. Biasalah hobi dolu-dolu....
Nanti akan ku upload semua Cover Majalah Siti dalam Blog ni sebagai kenangan aku dan Siti chewahhh
Kawan-kawan minat kat sapa lak?


Ni gambar Ori... kawan yang Kirim dari Kl adalah 8 keping camtu tapi lagi sekeping di kipnap oleh member aku dan dia gamtikan dengan potret Siti pic yang kat bawah sekali tu... uhukk



Gambar-bambar ni semua masih elok dalam simpanan aku dalam album..dan semua majalah aku anagkut sekali ketika pindah kerumah suami... hehehe agak melampau,,, sayanglah nak buang... baik aku simpan...


Potret ni hasil tangan Member, Nadzim dan Azam
masih elok ku simpan kalau nak tau usia potret ni dah mencecah 11 tahun.... emm ada nilai sentimental ni... hehehe kenangan kau dan aku...

p/s banyak lagi gambar2 ct ni... 

Tuesday, 28 June 2011

1234




Hanya gambar Semata layan jelah..... Dina tanya mana gambar dia asyik buh gambar Dania jer...
hehehehehe

Qariah cilik negara ke peringkat akhir

NURUSSYAHAMAH TAQIAH tekun mentelaah sebagai persiapan ke Doha, Qatar akhir Julai.
NURUSSYAHAMAH TAQIAH tekun mentelaah sebagai persiapan ke Doha, Qatar akhir Julai.
Majlis tilawah berlangsung di Doha, Ramadan ini

JERTIH: Nurussyahamah Taqiah Nurunnajmi, 12, wakil tunggal Malaysia ke Majlis Tilawah al-Quran Kanak-kanak Peringkat Antarabangsa di Qatar, terpilih antara tiga peserta ke peringkat akhir pertandingan itu yang akan berlangsung Ramadan ini.
Bapanya Nurunnajmi Yaacob, 40, berkata, Nurussyahamah Taqiah melepasi pemilihan peringkat awal yang berlangsung di Doha pada 22 Jun lalu yang turut disertai 63 kanak-kanak dari seluruh dunia.
Beliau berkata, Nurussyahamah Taqiah akan ke Doha lagi Ramadan nanti bagi menyertai peringkat akhir dengan dua lagi peserta yang tidak dinyatakan dari negara mana.

Nurussyahamah Taqiah adalah murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah, di sini ditemani bapanya, yang juga guru di Sekolah Kebangsaan Seri Payong, Hulu Besut, untuk menyertai pertandingan anjuran Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Qatar dan saluran kanak-kanak stesen televisyen, Al-Jazeera.

Pemilihan Nurussyahamah Taqiah itu adalah satu kejayaan selepas dia lulus dua ujian saringan yang diadakan kerajaan Qatar sebelum ini membabitkan 4,000 kanak-kanak dari seluruh dunia, 49 daripadanya dari Malaysia.

Beliau menjalani sekali lagi ujian pada April lalu dan dipilih mewakili negara bersama 63 kanak-kanak lain dari seluruh dunia.
Sebagai persediaan ke peringkat akhir nanti, Nurunnajmi dan isterinya, Sauzan Ibrahim, tenaga pengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah, Alor Keladi, membawa anaknya berguru dengan johan Tilawah Al-Quran Antarabangsa 1999, Che Yahya Che Daud dari Bachok, Kelantan.

Nurussyahamah Taqiah pernah menjadi johan membaca al-Quran J-Qaf peringkat negeri pada 2007 dan 2008 serta tiga kali mewakili Terengganu ke pertandingan peringkat kebangsaan sekolah-sekolah Malaysia dan pernah menjadi naib johan. – BERNAMA

Monday, 27 June 2011

Dania Dah Setahun setengah



Salam semua...Ha tengoklah Dania sekarang dah pandai memanjat.. tengoklah keberanian Dania memanjat ni. Ha... sekarang Dania memang suka naik tempat tinggi, contohnya kerusi, meja, terutama tangga... aduh kasi pening kepala mama ni nak jaga Dania seorang...
Lepas Demam haritu Dania memang aktif, semakin banyak cakap, kadang dia tiru apa yang kakak cakap... kadang nak tergelak tengok Dania dah boleh 2 3 patah ayat,
cth " abah tengok adik ni....... Jangan nik jatuh.... mama Nak nenen....

Walaupun dah setahun setengah Dania masih menyusu badan.... sulam dengan susu tepung..
kalau mama baru balik kerja Dania mesti merengek mahukan susu badan... Alhamdulillah niat nak menyusu anak sekarang dah tercapai, ni sebab masa Irdina dulu sempat menyusu 6 bulan sahaja.

Tapi yang tak syoknya. Dania bila dalam kereta setitik pun tak mau susu botol, leceh lah kalau gi jalan-jalan dia tak mau minum susu botol,,, so terpaksalah memikir cara lain tuk dia minum jugak agar tak lapar, so mama akan bekalkan Dania susu Duch Lady kids punya, susu tu Dania minum sampai habis.... Alhamdulillah sekarang kalau nak keluar berjalan dah tak sukar lagi, .

Apapun Sekarang Dania dah boleh macam-macam, lari, jatuh, bangun, nagis kuat, dan bla-bla bla...

Baru Dapat Tips untuk Nuffnang

Setelah sekian lama berblog baru semalam dapat tips dari Cik Azizah kita macam mana nak dapatkan BE nuffnang.. Sebelum ni tak tergerak pun nak baca entry berkaitan nuffnang kali ni tah macam mana leh klik n baca. So Barulah Zie faham.. Apa lagi Hari ni 27 Jun 2011 terus Zie cuba Tips yang diberikan Cik Azizah. Nampaknya tak sampai sehari En. Nuffnang kita dah bagi kat Zie BE baru... So terima kasih Cik Azizah yang bagi tips dan En Nuffnang yang dah bagi BE...

ni antara apa yang en Nuffnang balas selepas Zie hantar Teket baru untuk Nuffnang

Here is the response made to your ticket. Please do not reply to this email directly, use the link above
to reply.

Hi Roziah,

Sebenarnya, apa yang anda cuba maksudkan ialah kempen CPM, bukan "Buffered Earnings". Buffered Earnings, Metered Earnings, etc sebenarnya hanyalah istilah yang digunakan untuk kempen CPM.

Untuk mendapat ruang "Buffered Earning" pada "Earnings" anda, pertama sekali anda haruslah dipilih oleh Pihak Pengiklan (Advertisers) kami untuk membuat kempen CPM bagi pihak mereka. Terdapat beberapa faktor yang menentukan peluang anda untuk dipilih untuk kempen CPM. Pihak Pengiklan (Advertisers) memilih blog yang mereka ingin iklankan berdasarkan beberapa faktor seperti berikut :

Disebabkan Pihak Pengiklan (Advertiser) senantiasa mempunyai pasaran khusus untuk kempen mereka, maka mereka akan memilih blog yang mempunyai pembaca blog yang berpadanan sebagai sasaran mereka. Jika pembaca blog anda termasuk di dalam kategori itu, maka peluang untuk anda dipilih untuk mereka adalah sangat tinggi. Kebanyakan bloggers yang tidak mengisi ruang 'survey' yang disediakan dengan betul berkemungkinan tinggi mendapati blog mereka tidak terpilih untuk mendapat kempen atau iklan daripada Advertisers. Ini kerana, 'survey' tersebut berfungsi untuk Advertisers kami mengenali isi kandungan blog bloggers kami dengan lebih baik. Mana-mana blog yang tidak mengisi ruang 'survey' selalunya tidak akan diendahkan oleh Advertisers kami kerana mereka tidak akan tahu jika kempen mereka bersesuaian atau tidak dengan isi kandungan blog tersebut. Oleh itu, kami amat menggalakkan anda mengemaskini laman 'survey' anda dari masa ke semasa untuk menaikkan peluang blog anda dipilih oleh A!
dvertisers kami.

Kebersanan penempatan iklan juga sangat penting dalam industri pengiklanan. Pengiklan kami telah menghabiskan banyak wang untuk mencorakkan iklan mereka dan membeli ruang iklan. Mereka perlu memastikan mesej yang ingin mereka sampaikan kepada pasaran khusus mereka sampai dengan efektifnya. Oleh itu, mereka senantiasa akan membeli ruang iklan yang hanya telah dioptimumkan sepenuhnya dan diletakkan pada tempat yang berkesan. Kesimpulannya, anda hanya perlu meletakkan unit iklan anda pada tempat yang sepatutnya dan faktor ini akan memuaskan Pihak Pengiklan.

Sebagai contoh, sesuatu unit iklan "Skyscraper" seharusnya menjadi elemen pertama di sidebar dan bukan di tempat lain. Hal yang sama juga bagi unik iklan "Leaderboard" yang seharusnya menjadi elemen pertama yang dapat dilihat di saat pengunjung masuk ke laman web anda. Manakala, unit iklan "Large Rectangle" pula seharusnya ditempatkan betul-betul di bawah entri pertama anda. Jika unit iklan blog anda tidak mengikut garis panduan yang telah dinyatakan seperti di atas, hal ini akan banar-benar mempengaruhi keputusan Pengiklan untuk memilih blog anda dan berkemungkinan tinggi menyebabkan mereka memilih blog lain.

Selain itu, ruang unit iklan juga memainkan peranan penting bagi Blogger untuk dipilih dalam sesuatu kempen. Semua Pihak Pengiklan kami membuat pembahagian yang sama rata pada ketiga-tiga unit iklan kami iaitu, Leaderboard, Skyscraper, dan Large Rectangle setiap kali mereka beriklan dengan kami. Jika blog anda mempunyai kesemua 3 unit iklan di dalamnya, maka peluang anda untuk terpilih bagi sesuatu kempen adalah amat cerah.

Keahlian eksklusif memainkan peranan dalam kempen iklan kerana Pihak Pengiklan kami lebih cenderung untuk meletakkan iklan mereka pada blog-blog berstatus Glitterati kerana ini merupakan sebahagian daripada program hadiah kami untuk Bloggers kami yang paling setia dengan kami. Ahli biasa masih akan dipilih untuk kempen tetapi dalam angka yang lebih rendah berbanding dengan ahli Glitterati.

Oleh itu, anda perlulah mengambil semua inisiatif untuk meningkatkan peluang blog anda untuk mendapat perhatian daripada Pihak Pengiklan, dengan selalu mengemas kini blog anda, menempatkan unit iklan anda di tempat yang betul, dll. Jika nasib menyebelahi anda, dan Pihak Pengiklan memilih anda untuk kempen CPM mereka, maka peluang untuk anda mendapat beberapa angka di ruang "Buffered Earning" adalah sangat cerah!

Good luck dan selamat berblogging!

So nasihat En nuffnang sama saja macam dalam Tips Cik Azizah kita... klik entry Azizah kat bawah ni..


Terima kasih banyak-banyak...sekarang Iklan en Nuffnang sedang menari-nari kat blog Zie... hehehe sukanya.

Selamat Berbelog yer..

Friday, 24 June 2011

Ayah dah balikkk...........................





Seronok nya dapat makan aiskrim walls selection....Dina cukup cam kalau abah beli aiskrim ni... katanya Abah beli aiskrim "ayah dah balik......."

Tuesday, 21 June 2011

TOP 8 - LOVE U MOM CONTEST



Alhamdulillah Zie Top meletop lagi... aii bila nak menang? hehehe...
apapun tq...

Nak tengok top 8 kli bawah


4 Hari tak datang bulan!!!!!!!!!!!!

Selamat pagi semua, emmm kemarin baru teringin nak tengok tarikh jangkaan piriod, tengok-tengok dah terlajak 4 hari, so apa lagi takutnya......... heheh bukan apa baby Dania Baru nak masuk 2 tahun... takkan nak dapat baby lagi... Mama tak sedialah.... uhuk uhuk so apa lagi malam gi jumpa Dr. so resultnya.....jeng jeng jeng....


Negatiflah..... punca kelewatan... sebab stress... bila di pikir-[pikir memang dalam beberapa minggu kebelakangan ni kerja banyak, tention dan tak cukup rehat...
So bolehlah tidor dengan tenang... belum pk nak dapat baby lagi .... tunggu 3 tahun lagi kot.... heheheh.

Sunday, 19 June 2011

Tengok Wayang Di Petang Ahad




Hari ni lepas potong kain tuk dibuat baju anak-anak, lepas kemas rumah, rasa bosan pulak, pastu en Suami ajak gi tengok wayang, emmm ok jugak, ingatkan nak tinggalkan anak tapi kesian pulak bawaklah sekali... Hari ni Kami Tengok KL Gengster
Dania takut masuk Panggung...mungkin sebab soundnya yang kuat....

Pertama kali bawak Dania Masuk panggung.. nampaknya Dania macam ketakutan sedikit,,, tak sempat tengok sampai habis terpaksalah berkorban kerana Dania dah meragam kat dalam panggung. Dina ok jerrr

Pastu terpaksa pujuk bawak gi main kan sini...barulah nampak heppy sikit..termasuklah sikakak ikut mama sekali,

Cergas dan cerdas selepas Demam 3 hari...Mama tunggu sehingga Abah selesai tengok wayang,


Lapas teman anak-anak main lapaq lah pulak,, so kami singgah disini.. emmmm sedapnya makan Donut... pastu bertambah-tambahlah berat I. heheheh


Nilah kesukaanku.. mesti pilih tiga rasa ni....


Dina pun suka Donut... emmm yum yummm

Abah kalau makan mesti comot kat mulut... heheh macam anak-anak.

On the way balik Dania pun tertidor.... sambil peluk bantal strabwry tu dia pun tertido sampailah kerumah.....jam 6.30 petang..

Wednesday, 15 June 2011

Bakar khemah kerana suami nak kahwin lagi

MANAMA: Mahkamah Tinggi Kuwait menyokong hukuman mati terhadap seorang wanita yang dituduh membakar khemah di mana suaminya sedang meraikan perkahwinan keduanya sehingga menyebabkan 57 wanita dan kanak-kanak terbunuh.

Akhbar Gulfnews melaporkan Mahkamah Jenayah mendapati Nasra Al Enezi, 24, bersalah atas tuduhan merancang pembunuhan dan membakar khemah di mana suaminya sedang meraikan perkahwinan kedua.
Bagaimanapun, ketika kejadian suami dan bakal madunya tidak berada dalam khemah yang dibakar. Mengikut tradisi negara itu, wanita meraikan perkahwinan tanpa kehadiran lelaki.

Wanita itu pada awalnya berkata beliau mahu membalas dendam terhadap suaminya kerana mahu berkahwin lain.

Beliau kemudian mendakwa yang beliau marah dengan kakak iparnya. Bagaimanapun, beliau kemudian menafikan tuduhan itu dan berkata pengakuan dibuat atas paksaan dan ancaman.

Wanita itu mendakwa yang beliau turut kehilangan bayinya selepas diberi pil khas oleh pekerja penjara yang juga saudara suaminya.

Hukuman mati itu disokong Mahkamah Rayuan.
Nasra adalah wanita kedua menerima hukuman mati. Pada Mac 2005, seorang wanita Kuwait dijatuhkan hukuman mati kerana mengedar dadah.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan meminda hukuman itu kepada 15 tahun penjara pada Februari 2006 dan
permohonannya untuk pengurangan hukuman ditolak Mahkamah Tinggi pada 2007. – Agensi

Tuesday, 14 June 2011

Dania Demam Panas


Dania

Pagi tadi badan Dania panas sikit ingatkan demam sikit je.. Petang balik kerja masih lagi panas. bila malam lagilah panas, kesiannya...terasa bahang panasnya bila pegang atau dukung Dania. Tak baik biarkan badan anak panas takut 'tarik' so kenalah rajin jelom kepala dan badan. nak cuti tapi.. emmm keja tengah banyak... tapi mama harap esok Dania sihat yer...agaknya demam beralaih angin kot maklumlah berjalan sampai ke selatan tanah air..


Irdina* masa kecil

Bila Dania Demam teringat lagi masa keseorangan di Langkawi dulu, masa tu berdua je dengan si Kakak yang masih kecil, bila Dina demam, mama apa lgi menangis semahunya. Maklumlah tak biasa dengan situasi anak yang demam tu. tinggal pulak berjauhan dengan suami dan keluarga. Apa lagi kesedihan melampau-lampaulah... sib baik ada kawan-kawan yang baik hati datang tolong bagi nasihat nak buat macamana kalau baby demam. So dri situ belajarlah,, bila Dina demam lagi mama dah boleh ready dengan air asam tuk jelom kepala dan badan baby. Yelah kalau nak ke klinik mak ai jauh tu... tak sangguplah kalau malam. So keesokannya barulah gi klinik pandu sendiri bawak baby. semuanya dilakukan sendiri. Suami hanya pantau melalui telefon. Sedihnya waktu tu bukan kepalang....Hampir 2 tahun jugaklah, hidup sendiri dengan si kakak. sekarang alhamdulillah dah kembali bersama.


Monday, 13 June 2011

Dina n Dania @ Melaka & Johor


Salam semua, bertemu lagi 2 hari menghilangkan diri, sebenarnya Zie n family gi Johor n Melaka Kat Johor kami sekejap sahaja, hanya singgah-singgah shopping apa yang patut je.. mulanya kami gi Ayer Itam, kemudian terus ke Tangkak... lepas ke tangkak kami terus ke Melaka... Jom tengok corat coret ketika perjalanan kami ke Melaka bandaraya bersejarah...




Dania dan Yong...
Tak sah kalau datang Melaka tak masuk Zoo.. tapi macam tak ada binatang pun... apapun terima jelah... anak-anak yang best nak tengok binatang...
Dania terlena disamping Achik..
Dina tak larat nak pusing Zoo.. dia suruh abah yang dokong... emmm seronoklah dia...
Dalam tak larat tu bila nakpak mainan terus kuat sihat walafiat... seronok naik buaian.


Dina n Dania depan pintu Zoo Melaka
Nilah pendokong -pendokong Dania... Mak Ilah



Wan yang banyak jaga Dania... Dukung Dania... uhuks Tq... Kalau tak penat juga Mama nak jaga Dania



Dina awal-awal dah meragam nak naik mini car ni... emmm dah dapat naik baru nampak happy..masa ni Dania dah tido kalau tak tentu adik pun sama naik dengan Dina


naik boat ke persisir sungai kat Bandar Melaka... wah panjang betul sungai tu yer.. katanya nak panjangkan lagi 2 kilometer... nanti kena pergi lagi.

Tengah tunggu turn nak naik boat
Dania dah nampak muka mengantuk Masa naik boat Dania dah tido Penat agaknya..
Depan jety utama untuk naik boat
Dania sebelum tido
Serba serbinya dah ada kat Melaka. Baru je 2 tahun tak kesini dah macam-macam ada kat sini. Katanya roller coster pun akan siap tak lama lagi.. em oklah.. t datang boleh lah try...
Ha ni pun baru gak ni Menara Taming Sari.. emm gayat jugak nak naik ni...
Tengah menunggu tuk naik Menara


Dania penuh dengan gelagatnya...pot pet pot pet.. apa yang dicakapkan tah... tak duduk diam...

Dah kat dalam menara


Kat Perigi Hang Tuah

Mama adik nak ni...
Tiga anak Dara ni shopping sakan
Wah apa ada kat dalam tu Mama?
Perigi hang tuah

Kat Muzium Madu Lebah terbesar..
Masa ni kat Tangkak.. jom shopping...
Mama adik nak semua......

Kat Tangkak.. Johor

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (66) Gelagat Dina (52) Gelagat Dania (48) Aktiviti Pejabat (39) makan-makan (38) Berita (33) WW (33) Dina Taska Sekolah (24) ResipiKu Zie (24) Kisah Puasa Raya (23) Birthday (22) Jalan jalan (22) Hadiah (21) Kisah Dania (20) Tazkirah (20) Aku dan kawan-kawan (19) My Pregnancy (19) Kisah Keluarga (18) Menang Contest (17) kursus (16) Kisah anak-anak (14) Kek (13) Kisah Dina (13) Ucapan (12) Segmen (11) Cuti-cuti (10) Dania Taska Sekolah (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) perkembangan Rayyan (10) Info (8) Pengantin Popular (8) Rumahku Syurgaku (8) Sarawak (8) Shopping (8) Taman Lagenda (8) top (8) Gambar Raya (7) Kawan Blogger (7) Kisah Anakku (7) Video (7) Baju Raya (6) Dina N Sepupu (6) Rumah Baru (6) Anak Artis N selebriti (5) Doa (5) Family Day (5) Iftar (5) Kelantan (5) Kesihatan (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Perak (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) Aniversary (3) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Cameron Highland (3) Demam (3) Hotel (3) Iklan (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Model Mama (3) Nuffnang (3) Rambut (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) Ucapan... (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kenduri (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Penang (2) Pendidikan Kanak2 (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Aiskrim (1) Akaun Simpanan (1) Anak Abah (1) Astro (1) Autoshow (1) Baby Baru (1) Berinai (1) Buat sendiri (1) Buku dari Isnad Tadawi (1) Checkup (1) Crepe (1) Duit Lama (1) Durian (1) Filem Dan Drama (1) GA (1) Gelagat Rayyan (1) Hatyai (1) Homestay (1) Intagram (1) Kebolehan Dania (1) Kebolehan Rayyan (1) Kedah (1) Keihatan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Kuala Perlis (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Melaka (1) Menabung (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Padang Besar (1) Pantai Merdeka (1) Pelamin (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Riadah (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wangian (1) churp-churp (1) fotorus (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers