Monday, 11 July 2011

PM tinjau di Jalan TAR, Masjid India

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini melakukan tinjauan mesra ke kawasan "syurga" membeli belah di ibu kota iaitu di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Jalan Masjid India.

Najib memulakan tinjauan mesra pada kira-kira 5 petang di pusat beli-belah Sogo yang terletak di Jalan TAR.
Selepas beramah mesra dan bersalaman dengan pekerja dan pengunjung pusat beli-belah itu, beliau meneruskan tinjauan ke Jalan TAR dan Jalan Masjid India yang menempatkan puluhan deretan kedai menjual kain, pakaian, barang kemas dan pelbagai barangan lain.

Najib yang diiringi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M Saravanan, seterusnya ke gedung tekstil Jakel selama kira-kira 20 minit sebelum ke bazar Wisma Yakin di Jalan Masjid India.

Kedatangan, Perdana Menteri nyata menggembirakan peniaga dan pengunjung yang tidak melepaskan peluang bersalaman dan bergambar dengan pemimpin nombor satu negara itu.

Pemborong kain, Sinshon Mohd Elah, 45, nyata sangat teruja dapat bertemu, bersalam dan bergambar dengan Perdana Menteri.

"Saya sangat gembira, macam tak percaya yang Perdana Menteri baru saja melawat kedai ini. Saya mahu besarkan dan gantung gambar ini nanti," katanya sambil menunjukkan gambar bersama Najib yang diambil melalui telefon bimbitnya kepada pemberita.
Seorang peniaga di bazar Wisma Yakin, Azrul Zulkifli, 26, berkata kedatangan Najib di gerai jualannya sedikit sebanyak mengurangkan kedukaan peniaga di kawasan itu akibat perhimpunan haram semalam.

"Beliau sempat bertanyakan khabar saya dan berharap perniagaan saya akan lebih maju. Katanya beliau akan cuba memodenkan kawasan bazar ini memandangkan ini sahaja bazar peniaga Melayu yang buka pada waktu siang di kawasan Kuala Lumpur ini," katanya.

Azrul yang menjual tas tangan di bazar itu, berkata perhimpunan haram semalam, beliau menanggung kerugian kira-kira RM2,000 apabila kedainya tidak dibuka atas arahan polis bagi menjaga keselamatan para peniaga dan orang ramai.

Pengurus Madras Jeweller Sdn Bhd, M.Vasudevan, 34, berkata kedai emasnya kerugian besar kerana tidak dapat beroperasi akibat perhimpunan haram semalam.

"Perhimpunan haram ini memang menyusahkan kami peniaga di kawasan ini kerana perlu tutup kedai, walaupun ada yang berani buka kedai tapi diarah tutup oleh polis.

"Saya berharap sangat tidak berlaku lagi kejadian seperti itu selepas ini sebab kerugian yang kami perlu tanggung bukannya kecil," katanya yang sudah lima tahun menguruskan kedai emas berkenaan. - BERNAMA

p/s :Emm chek pun pi Sogo Gak tadi dan jalan TAR awat tak jumpa? alaa... PM pi koi 5 mana nak jumpa... uhuks kui 5 chek ada kat KLCC plak.. huk huk....

1 comment:

eB ezrin said...

gi KLCC yer? alahai... kalo x, musti kiter dpt jumper kan? :)

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (46) makan-makan (42) Berita (34) WW (34) ResipiKu Zie (32) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (25) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Minatku.. (11) Segmen (11) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kisah Anakku (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Anak Artis N selebriti (5) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kelantan (5) Kesihatan (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) PJJ UMCced (4) Perak (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Penang (3) Rambut (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Rayyan Taska Sekolah (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Aktiviti Keluarga (1) Astro (1) Autoshow (1) Balik Kampung (1) Berinai (1) Berkelah (1) Buat sendiri (1) Bukit Merah (1) Buku dari Isnad Tadawi (1) Checkup (1) DCT (1) Dress (1) Duit Lama (1) Durian (1) Fesyen (1) Filem Dan Drama (1) GA (1) Guru separuh masa (1) Hatyai (1) Homestay (1) Intagram (1) Kasut RodaKasut Roda (1) Kebolehan Dania (1) Kebolehan Rayyan (1) Kedah (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Gula (1) Kuala Lumpur (1) Kuala Perlis (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Padang Besar (1) Pantai Merdeka (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) churp-churp (1) fotorus (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers